rehlah

rehlah

ucapan

Tuesday, November 2, 2010

Jauhi Sikap Riak

Riak apa itu riak ,apa kaitan riak dengan kehidupan kita seharian dan apa kesan riak ni pada diri kita. itulah persoalan yang saja ditimbulkan supaya kata sama-sama meanalisanya dengan secara umum dari pengertian keadaan berlakunya riak ini dalam kehidupan kita seharian sama ada kita sedari ataupun tidak .bahayanya sikap riak ini kerna ia merupakan syirik kecil dan syirik adalah perkara yang paling berbahaya kerana ia berkait dengan akidah!! maka pengertian mengenai riak ini perlulah dihuraikan  agar kita tidak termasuk dikalangan orang-orang riak.

Riak adalah sejenis penyakit hati yang akan lahir di dalam hati setiap manusia yang mana riak terdetik dengan sendiri atau kita sendiri tidak perasan yang kita telah melakukan sesuatu bukan kerana Allah swt iaitu riak. tetapi sebaliknya. perkataan riak  ini dari asal perkataan ru'ya iaitu lihat yang mana riak ini adalah melihatkan apa yang dilakukannya dilihatkan pada orang yang mana bertujuan untuk mendapat pujian, penghormatan ataupun mendapatkan sesuatu . bolehlah dikatakan riak ini melakuan sesuatu bukan kerana Allah swt semata untuk mendapatkan redhaNya.


Sifat riak adalah sifat mazmumah yang mana sifat ini mencacatkan keperibadian seseorang hamba Allah itu kepada penciptanya. Lantaran itu, wajarlah sifat seperti dihindari dengan bersungguh-sungguh oleh kita umat Nabi Muhammad saw, sifat riak ini amahlah dibingbangi oleh Rasullah terhadap umatnya melalui sebuah hadis yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

kebingbangan Rasullah terhadap sifat riak ini amat jelas kerana kesan dari sifat riak tadi mendatangkan impak yang cukup besar pada umatnya kelak kerana sifat riak ini menjadikan umatnya syirik kepada pencipta alam semesta ini walaupun ianya adalah syirik kecil tetapi ia adalah tetap dalam ketegori syirik yang mana segala amalannya itu ditolak bahkan ianya berdosa . Terjadinya syirik daripada sikap atau sifat riak ini adalah kerana segala amalan yang dilakukannya bukan semata-mata kerana Allah swt tetapi untuk mendapatkan sesuatu dari alam dunia ini seperti pujian dari masyarakat, sanjungan, dan pangkat atau sebagainya, inilah penyebabnya kerana niatnya itu seolah-olah ada yang lebih agung lagi selain mengagungkan Allah swt. walaupun dalam urusan amal ibadat. dan meraka akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: 

"Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Berlakunya hal sedemikian adalah kerana kita manusia ini cenderung kepada pujian dari manusia yang lain dan rasa terhina apabila ditegur atau sebagainya Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: "Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain." itulah kita manusia hanya inginkan pandangan masyarakat terhadapnya baik tetapi bukan dari pandangan dari Ilahi untuk kerhedaanNya.

Antara tanda-tanda sifat riak ini adalah  apabila seseorang itu berada bersendirian dia akan menjadi malas seperti pada asalnya dia bukanlah rajin untuk menolong ibunya tetapi kerana ingin mendapat pujian sewaktu adanya orang  luar dia menjadi rajin. selain itu, seseorang itu akan berasa senang hati jika ada orang yang sedang melihat kebaikan yang dilakukannya. Sekiranya orang tidak melihatnya, dia akan berasa tidak senang hati atau merasa gelisah selagi orang tidak tahu amal kebaikannya. dan sifat riak ini juga terjadi dengan menunjuk-nunjuk seperti membaca Al-quran dengan bertaranum semata-mata untuk pujian . tidak mahu menolong atau membantu seseorng dari apa-apa aspek juga adalah riak seperti tidak mahu mengajar kerana takut banggakan diri sedangkan ianya perlu ketika itu dan banyak lagi perkara boleh mengjerumuskan kita kedalam sifat riak ini. 

Sifat riak ini bukanlah tidak dapat dihindari oleh kita namun apa yang perlu adalah kita melakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas semata-mata dan mengharapkan kerhedaanNya.kerana jika kita ikhlas sudah pasti sifat riak ini tidak dapt meracuni hati dan perasaan kita Allah berfirman bermaksud:

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)
manakal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

jelaslah pada kita dengan mendatangkan keikhlasan dalam diri kita sifat ini terhalang dari meresapi ke dalam hati dan perasaan kita bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)
Sikap tawaduk juga mampu membendung sifat riak ini dalam diri kita dan akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

setelah kita teliti hendaklah kita sedari bahawa segala amalan kita tidak akan diterima sekiranya kita tidak ikhlas dalam melakukannya bahkan menjadi syirik jika kita melakukan bukan kerana Allah swt semata-mata. Ayuhlah sama-sama kita muhasabah diri kita ini semula dalam setiap amalan kita dan dengan mengamalkan membaca al-quran kerna ia mampu  menyingkirkan kekaratan dalam hati kita untuk kita dan amalan-amalan lain lagi seperti solat tahjud dan sebagainya. moga perasaan dan sifat riak ini tidak mengusai kita sehingga kita terjebak kedalam sifat syirik sepenuhnya.

segala salah dan silap harap saya mohan dimaafkan dan diperbetulkan bukanlah kita ini sebagai manusia biasa terhalang dari melakukan kesalahan .


2 comments:

  1. salam ukhwah,,
    sy sukar mengawal perasaan riak ats hrta yg sy ada..terutama pd org yg lg2 suke menunjuk2 sbb sy geram!!ishhh...padahal sy bukan org yg berlagak kpd org yg kurang kemampuan dr sy.hmmm..sshnye nk kawal hati.so ape hukumye riak kpd org yg mmg riak dan belagak sgt ye?...ape precautionnye?harap sgt dpt mmbantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...