rehlah

rehlah

ucapan

Friday, November 12, 2010

Kitab-kitab yang menjadi rujukan Dalam mazhab Iman Abu hanifah

Ini adalah sebahagian kitab yang menjadi rujukan bagi mazhab ini .

Iman Mazhab ini tidak pernah mengarang namun idea dari pemikiran telah disalin dan dikumpul oleh anak muridnya kemudian dibukukan.

1) Ar-Ruqqiyaat,iaitu kitab yang meliputi tentang masalah-masalah yang dicabangkan oleh Muhammad ketikamana beliau menjadi Ketua Pengurusan Hamba,

(2) Al-Kisaaniyaat,iaitu kitab yang meliputi tentang masalah-masalah yang telah diriwayatkan oleh murid beliau daripada beliau iaitu Syuaib Bin Sulaiman Al-Kisaniy

(3) Al-Jurjaaniyaat

(4) Al-Haruniyaat,iaitu dinisbahkan kepada nama anak murid beliau,dan dianggap riwayat Muhammad Bin Al-Hasan didalam kitab Al-Muwattho’ Imam Malik merupakan diantara riwayat yang terbaik didalam kitab agung tersebut.

Manakala kitab-kitab Mukhtasar (10) terhadap enam buah kitab tersebut antaranya :

(1) Mukhtasar At-Tohawiy
(2) Al-Kaafiy oleh Haakim As-Syahid
(3) Tuhfatul Fuqaha’ oleh As-Samarqandi
(4) Mukhtasar Al-Qaduri yang mana kitab ini dipanggil sebagai “Al-Kitab” didalam mazhab hanafi
(5) Bidayatul Mubtadiy oleh Burhanuddin Mirghinaani
(6) Al-Mukhtar oleh Abdullah Bin Mahmud Bin Maudud Al-Mosuli
(7) Kanzul Daqaieq oleh An-Nasafi
( 8 ) Wiqayatul Ar-Riwayat Li Sadri As-Syariah

Dan kitab-kitab syarah yang penting pula :

(1) Al-Mabsuth oleh Imam As-Sarakhsi yang mensyarahkan Mukhtasar At-Tohawiy
(2) Badaie’u As-Sonaie’ oleh A’laauddin Al-Kaasaaniy yang mensyarahkan Tuhfatul Fuqaha’ As-Samarqandi
(3) Al-Hidayah oleh Burhanuddin Mirghinaani yang mensyarahkan Bidayatul Mubtadiy dan syarah kepada Al-Hidayah pula Al-Inayah
(4) Al-Ikhtiyar Li Ta’liil Al-Mukhtar oleh Al-Mosuli yang mensyarahkan kitabnya Al-Mukhtar.

Mazhab ini telah di kembangkan oleh Anak murid Iman Abu Hanifah dan mereka ialah:

1) As-Syeikh AbuYusuf, ia merupakan seorng anak murid yang utama imam Abu Hanifah dan
    paling dekat dan rapat dengannya.
2) As-Syeikh Muhammad Bin Al-Hasan As-Syibaaniy, mempelajari dari iman Abu Hanifah dalam
   tempoh yang singkat sebelum mendalami ilmu dari Abu Yusuf.
3) As-Syeikh Zufar Bin Al-Huzail, merupakan seorang anak muridnya yang tertua mempunyai
   kemahiran yang tinggi dalam menggunakan kaedah qias bagi menentukan sesuatu hukum.
4) As-Syeikh Al-Hasan Bin Ziyaad, berguru dengan Iman Abu Hanifah dan dua orang dari anak 
   muridnya iaitu  Abu Yusuf dan Muhammad Bin Al-Hasan As-Syibaaniy.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...