rehlah

rehlah

ucapan

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Menjelma Lagi!! رمضان عالباب

Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelma lagi! tapi adakah kita dah bayar apa yang tertonggak di bulan Ramadan yang lepas!. Erm pasti ada diantara kita yang masih belum tunaikan lagi kewajipannya yang lepas, walau bagaimanapun hutang yang lepas mesti di selesaikan juga . ingat ia adalah taklifan yang ditanggung oleh kita sehingga la kita bertemu denganNya.

Setiap kali ramadhan menjelma pasti kita akan bersiap-sedia Oops bersiap-sedia kita tu bukannya untuk menjalani ibadah di  bulan Ramadhan tetapi untuk Beraya!! sungguh pelik belum belum masuk bulan Ramadhan persiapan raya yang disiapkan. Pelik bin ajaibnya, khususnya orang Melayu, meriah dengan menyambut hari kemenangan walaupun kalah di bulan ramadhan sebabnya tidak berpuasa penuh tetapi gembira bak orang yang penuh amalannya di bulan Ramadhan.

kita seolah-olah gembira dengan syawal itu sebulan lebih awal, sepatutnya kita lebih gembira apabila masih diberi nikmat untuk berada di bulan ramdhan untuk kali yang seterusnya kerana padanya penuh hikmat dan hikmah , sungguh panjang kalau nak dibicarakan. maka haruslah kita yang masih ada nafas ini untuk mengubah persepsi kita bahawa persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan adalah terlebih penting agar segala persoalan berkaitan fiqh di bulan puasa tidak timbul. pemasalahan sebegini tidak seharusnya belaku jika kita terlebih dahulu bersiap sedia menhadapi bulan Ramadhan.

E-book Keutamaan Bulan Ramadhan, hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan Ramadhan, Hikmah Bulan Ramadhan ini mungkin dapat menbantu, memahami sedikit permasalahan ketika dibulan Ramadhan nanti.


click di sini: E-Book Ramadhan

Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik pernah kita lalui..Ingat Ramadhan Ingat puasa bukan Ingat Raya!! Selamat menjalani ibadah puasa..

Thursday, July 14, 2011

Hati Yang Rosak kerana Pandangan Mata!!





Pandangan mata merupakan anugerah yang tidak ternilainya pada kepada kita umat manusia, melalui pandangan mata  kita dapat merasai kepuasan dan kegembiraan terhadap sesuatu perkara dan melalui padangan mata juga kita merasai ketenangan. Tanpa kita sedari Pandangan mata kita ini amat berkait rapat dengan hati iaitu dapat menerbitkan perasaan sayang, benci , bosan tetapi semua ini bukanlah  perkara yang hendak kita fokoskan tetapi berkaitan bagaimana padangan mata yang merosakan hati ?.

Sedarkah kita bahawa padangan mata kita sering  terdedah kepada kemaksiatan? Kerana pandangan merupakan panahan dari syaitan untuk merosakan hati  dan iman mukmin, Berkata Ibn Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:
Pandangan mata itu adalah panah dari panahan Iblis. Barangsiapa menjauhinya kerana takut kepadaKu, nescaya Aku akan gantikannya dengan iman, yang bakal dirasakan kemanisannya di hatinya."    (Riwayat Thabarani dan Hakim)

Lihat bagaimana liciknya syaitan untuk merosakan anak-anak adam bersama-samanya ke Neraka melalui dosa pandangan mata kearah perkara yang ditegah oleh syara’ , sehinggakan hati manusia dipalit titik-titik hitam   Nabi Muhammad SAW bersabda:

 “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( HR Ibn Majah ).



Hanya kerana kita leka menjaga  pandangan mata, hati seorang muslim itu dipalit dengan titik hitam sehinggakan lahirnya sifat mazmumah dalam diri, hilang rasa takut kepada Allah, merasai manis berbuat dosa , mengikut hawa nafsu melalui bisikan syaitan, bahkan boleh menjadi lebih parah lagi. Seperti mana Nabi saw bersabda: 

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].

Maka jelaslah betapa pentingnya untuk kita memelihara pandangan mata kita dari perkara-perkara maksiat agar teperlihara hati dan iman kita daripada menjadi tapak syaitan untuk mengawal kita kearah kemunkaran,kerana pandangan itu hanya yang pertama tidak kali yang seterusnya dan tidak juga yang pertama jika ia bertujuan kemaksiatan. Diriwayatkan Nabi saw  bersabda kepada Saidina Ali k.w:

 “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

Ingatlah sepertimana yang diperkatakan tadi ,pandangan mata mengalir satu virus yang dapat mematikan hati kita dan apabila matinya hati buruklah akibatnya .menundukan padangan dari perkara yang diharamkan Allah swt  buakn hanya kerana kepada induvidu, bangsa atau kaum tetapi kepada apayang diharamkan Allah swt. Firman Allah SWT:

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka” ( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Kaedah memelihara padangan :

1.       Iktikad dalam diri bahawa dirinya sentiasa diawasi iaitu benar-benar yakin Allah swt maha melihat.
2.       Takut akan azab yang dijanjikan Allah swt kepada orang yang melakukan kemunkaran.
3.       Sedar bahawa nikmat dunia ini hanya sementara dan nikmat syurga itulah yang dicari.
4.       Menagtahui segala perkara mungkar itu adalah bisikan  syaitan
5.       Berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt.

  Sifat memelihara pandangan ini mempunyai banyak faedah dan kelebihan yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah di dalam kitabnya. Di antaranya ialah;

1. Membersihkan hati daripada keperitan kekesalan kesan daripada pandangan lantaran tidak mampu memiliki apa yang dipandangnya.
2. Mewariskan cahaya (nur) dan sinar cemerlang di hati, lalu terzahir pada mata, wajah dan anggotanya.
3. Mewarisi firasat yang benar hasil daripada hati yang bercahaya.
4. Membuka jalan-jalan ilmu dan pintu-pintunya, serta mudah mmperolehinya hasil nur di hati dengan mengetahui dan menyingkap hakikat sesuatu dengan cepat.
5. Mewariskan kekuatan jiwa, thabat dan berani.
6. Mewariskan hati kegembiraan, kelapangan jiwa lebih hebat daripada keindahan dan kegembiraan yang terhasil daripada pandangan. Kegembiraan ini adalah atas kejayaan memerangi hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.
7. Membebaskan hati daripada menjadi tawanan syahwat.
8. Menjadi benteng penghalang daripada pintu neraka jahannam.
9. Menguatkan akal, menambahkan dan menthabatkannya
10. Menyucikan hati daripada kemabukan syahwat dan kelalaian daripada mengingati Allah dan hari akhirat.

Seorang mukmin tidak akan memandang remeh pada dosakecil atau besar yang dilakukannya, malah menganggap dosa itu umpama gunung yang mahu menimpanya, tetapi seorang munafiq menganggap dosa kecil  itu umpama lalat yang hinggap di atas hidungnya yang perlu ditepis dengan mudah sedangkan kadangkala dosa yang kecillah yang akan memjunamkan manusia ke dalam api neraka, wal’iyazubillah.Mudah-mudahan Allah menggolongkan kita dalam golongan orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya..Semoga ada manfaatnya buat kita bersama, wallahu’alam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...