rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, September 30, 2010

Jual beli yang dilarang Dalam Islam




Buku ini diterjemahkan dari e-book berbahasa Inggris “Forbidden Business Transaction in Islam, yang bersumber dari terjemahan booklet berjudul: “Al-Buyu Al-Munhi Anha fil Islam” oleh seorang Ulama, Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, semoga Allah menjaganya. Sumber asli buku ini merupakan rekaman muhadharah yang beliau berikan pada tahun 1411 H di salah satu Masjid di Saudi Arabia.

Sebagaimana penterjemahan dari bahasa Arab ke Inggris dan dari Inggris ke Indoensia, ditambah lagi adanya keterbatasan kemampuan kami, tentu saja akan banyak dijumpai kekurangan di dalamnya. Namun demikian, kami berusaha mengurangi kesalahan tersebut dengan juga merujuk pada kitab Jual Beli dari Ringaksan Fikih Lengkap oleh Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, Penerbit Darul Falah, cetakan ke 1, tahun 2005, terutama untuk melengkapi catatan kaki dari hadits-hadits yang tidak terdapat pada versi terjemahan berbahasa Inggris dari risalah ini. Dibanding kitab ringkasan fikih tersebut, pada sub bab Jual Beli yang Dilarang, kandungan risalah ini justru lebih lengkap penjelasannya.

Link untuk Muat Turun:
http://www.4shared.com/document/dFaJtbyu/Jual_Beli.html

Jadilah Kawan Kepada Kamus


telah dijadikan manusia di muka bumi ini berbangsa-bangsa maka tidak hairanlah jika bahasa yang wujud tidak kurang banyaknya dan setiap bahasa pulak ada cara dan daileknya sendiri namun hanya beberapa bahasa saja terpilih menjadi bahasa utama di dunia ini oleh kerana itu bangsa-bangsa yang lain perlulah menpelajari bahasa utama agar dapat melancarkan segala urusan yang dibuat.

Monday, September 27, 2010

Siapakah Penunggang Misteri Di belakang Anda KeTika Ini ??!!


Penungang Misteri dikala kita asyik melayari Facebook,Youtube atau mana-mana lagi laman sosial yang melalaikan kita!!

Kepayahan di dalam Pengembaraan Atau Perjalanan mencari ilmu MeMudahkan Kita Ke SyurGa!!



kepayahan dan kesusahan dalam menuntut ilmu tidak pernah hilang dalam kamus seseorang yang bergelar pelajar sama ada dari zaman dahulu mahupun sekarang . mahupun zaman ini dilihat lebih banyak kemudahan untuk belajar berbanding waktu dahulu yang kepayahan kita sedia maklum seperti belajar menggunakan lampu pelita , terpaksa merantau jauh dari kampung halaman sama ada berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan yang serba daif pada waktu itu seperti unta, kereta lembu dan sebagainya.

Namun segala kepayahan itu janganlah dijadikan sebagai alasan untuk kita berundur dari medan jihad ini (menuntut ilmu) kerana segala kepayahan ini tidak akan Allah s.w.t sia-siakan bah  diberi balasan yang tidak terkira iaitu pahala dan keistimewaan berbanding yang lain!.sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11;

 Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.




jelaslah Allah s.w.t memuliakan ornag-orang yang menuntut ilmu ini kerana mengatahui tentang agama secara lebih mendalam berbanding yang tidak berusaha untuk menpelajari dan mendalaminya, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalnya, maka tidak dapat dikejar dengan nasabnya.”



Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Begitu besar sekali ganjaran Allah s.w.t terhadap hamba-hambanya yang bersusah payah dalam menuntut untuk mendapat keredhaannya, tidakkah ia menjadi satu hadiah bagi sanggup bersusah untuk redhaanNya dan menjadi galakan kepada HambaNya yang lain untuk bersama-sama mencari redhaNya dengan belajar?.

Menjari ilmu ini bukanlah satu perkara sunat bahkan ia menjadi kewajipan keatas setiap muslim di muka bumi ini Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jelaslah kewajipan menuntut ilmu itu pada setiap muslim dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari serta mengajarkan pada insan yang lain kerana ia adalah sedekah kepada yang diajarkan Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Maka haruslah kita mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t kerna menguji keimanan kita agar kita terus berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya yang luas agar kita tidak terus berada dalam kesesatan dan mendapat ganjaran darinya, Ayuhlah kita bersama-sama terus mencari ilmu sehingga ke akhir usia walau pelbagai cabaran akan kita tembuhi namun semua itu adalah hikmah kepada kita dan menjadikan kita insan yang tabah dan disayangi oleh Allah s.w.t jesteru kita pasti beroleh kejayaan kelak iaitu syurga..Amin

Sunday, September 26, 2010

Khutbah TeraKhir Nabi Kepada Seluruh Umat Islam!!



Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

    Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar atau pengajaran dari setiap pesanan yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasullah agar kita terus mendapat keredhaan dalam ketaatan kita dari Ilahi ,Amin

Friday, September 24, 2010

RehLah Ke Laut Mati>>!!

 Rehlah Ke Laut Mati adalah satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan penulis, kerna seperti yang kita tahu Laut Mati ialah tempat yang Allah s.w.t turunkan azab pada satu kaum yang bernama kaum luth . kaum luth adalah kaum yang tingal di kota sadom dan kaum ini adalah yang yang tidak mahu mengikut perintah dari Allah s.w.t dari melakukan amalan sonsang iaitu homoseksual .
 
   Allah s.w.t telah mengutus Nabi Luth a.s untuk membingbing kaum Luth kepada fitrah asal manusia . Nabi Luth juga telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya, lalu Allah s.w.t telah menurunkan azab yang amat dahsyat kepada kaum luth kerna menginkari utusan Rasulnya.

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82) 

 Allah s.w.t telah menterbalik kota sadom sehingga memusnahkan semua kaum dan kota sadom sebagai balasan yang dahsyat kerana menginkari perintah Allah s.w.t Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.
  
   begitulah ringkasan dari cerita Laut mati  iaitu asalnya sebuah kota kini menjadi laut setelah diterbalik oleh kekuasaan Allah S.w.t, Rehla kami ini diketuai oleh Saudara kami yang lebih senior di bumi syam ini erm perjalanan ini amat bermakna bukan kerna untuk bergembira tetapi untuk melihat kebesaran Ilahi, perjalanan kami seramai 22 orang dengan menaiki coster ( seperti bas tetapi kecil sikit ) dalam perjalan kami diberi sedikit taklimat dan diceritakan tentang sejarah Laut mati dalam perjalan ke sana kami telah melaui banyak tempat-tempat yang bersejarah lagi seperti kota Salahuddin al-Ayubi di karak , melihat kawasan yang dikatakan tempat kapal nabi Noh a.s berada ketika dahulu dan kubur nabi Noh a.s . sebelum kami turun ke tempat paling rendah di dunia kami dapat melihat satu batu berbentuk perempuan yang mengendong anak menurut sahabat melalui cerita israiliat batu itu adalah isteri kepada Nabi Noh yang tidak bersamanya untuk berada di atas kapal ketika banjir besar tersebut.
    sebelum sampai ke distinasi yang dituju kami dah dapat melihat laut tersebut yang di persisir pantainya terdapat banyak garam putih menunjukan betapa masinnya laut tersebut. setelah sampai kami pon berkumpul dan urusan pembayaran untuk ke kawasan pantai yang terjaga itu diselesaikan oleh sahabat kami kami pon melangkah masuk dan mencari kawasan yang sesuai setelah selesai menyusun barang kami terus menunaikan solat magrib terus mengqasar dan jamak taqdim. selepas tu kami terus melakukan aktiviti yang dirancang seperti memanggang ayam dan sosej makan nasi hujan panas berlauk kari  ubi.
  keadaan laut mati tak ubah macam keadaan laut di malaysia sesak dengan orang ramai ,apa yang membuatkan saya berdebar ialah untuk turun mandi di laut yang kita tahu ia dapat menimbulkan kita di atasnya dan akhirnya saya dapat rasainya sendiri dan mencuba untuk terapung atas Laut mati yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia. keadaan laut mati memang berbeza dengan Laut di Malaysia kerna keadaan laut dia rasa berminyak kerana terlalu masin dan airnya agak suam dan kami berasa tidak selesa tetapi ia baik untuk kesihatan. itu Laut mati menpunyai kelebihan pada lumpurnya yang dapat menbersihkan kulit . jadi ramai yang menyalutkan lumpur laut mati keseluruh badan untuk kebaikan pada kulit tidak kurang hebatnya sehingga ada yang membawa pulang lumpur tersebut. walau apa pun laut mati menakjubkan kerna kita tidak tenggelam jika dalam keadaan berbaring atasnya.
   permandangan  di hadapan kami iailah israil yang dilihat banyak cahaya lampu dari jarak jauh, selepas selesai kami pon mula mengemas barang-barang dan berkumpul untuk berangkat pulang ke muttah semula.   

Wednesday, September 22, 2010

Selesai Sudah Sesi pendaftaran .....!! kelas pon boleh pergi

  Awal pagi-pagi dah Bangun untuk solat subuh kemudian bersiap terus tuk berkumpul ke jamiah , tempat berkumpul di masjid suhada' erm dah ckup kami berkumpul PIC bawa kami ke jamiah dengan menaiki koster erm rasa ttak sabar pulak tuk belajar kat jamiah maklumlah dan laman tinggalkan alam kolej bak kata lain Alam kampus..
  setiba sampai sahaja di jamiah kami dapat melihat ramai orang-orang Arab yang yang sama matlamat dengan kami di jamiah mut'tah berkejar tuk masuk ke dalam kemudian kami pun dibawa oleh PIC ke dalam jamiah erm rasa kagum pulak bila dapat melihat jamiah yang besar dari kolej dahulu serta bilangan pelajar dia yang ramai, banyak fakulti terdapat disini namun hanya beberapa fakulti sahaja yang diiktiraf kerajaan Malaysia.Akhirnya kami sampai kesebuah bagunan untuk pendaftaran masuk ke jamiah .disitu kami sempat untuk mengulangkaji madah untuk ujian kafaah nanti. Semasa menungu untuk pendaftaran kami berpeleseran di hadapan pintu utama tersebut jadi kami dapat melihat kerenah orang Arab bagaimana samaada segi pakain atau sikap, dari segi pakain erm memng tak tahu la nak kata apa .. dalam sirah nabawiah nabi penah melarang wanita untuk menbuat sanggul seperti bunggul unta tetapi kami masih dapat melihat sanggul tersebut hingga harini ...
  pakain wanitanya sama jugak la dengan kaum hawa di Malaysia bertudung tetapi berpakaian ketat dan sendat dan yang tidak bertudung pulak beragama kristian! bagi lelaki pulak yang berjubah dan berseban lain macam sikit itu katanya khawarij? betul ke tidak saya pon tidak pasti selepas selesai semua urusan pendaftaran kami mendapat nombor kad pelajar dan nombor identiti rahsia. selepas itu kami terus bergerak ke bagunan yang lain semasa ke tempat pembayaran yuran kami dapat melihat ramai orang-ornag arab berpeleseran di merata-rata tempat termasuk di kolam yang besar tetapi tidak ada air  kaum wanita pulak duduk di tepi jalan sejara beramai-ramai agak pelik sebab kat kolej dulu kaum  hawa tidak berani berkelompok macam mereka buat sebab aib . selepas selesai bayar yuran yang berjumlah 645jd iaitu Rm3225.00 . kami terus pergi ke bagunan yang lain untuk  ujian kafaah ujian pertama Bahasa Ingglish kedua Bahasa Arab erm sedih dan kecewa hati ini bila pemeriksa beritahu yang saya gagal kedua-duanya sekali .lepas keluar kami terus pergi untuk ujian kafaah seterusnya iaitu ujiah komputer syukur rasanya sebab lepas juga ujian komputer ini walaupon sedih ujian sebelum ni gagal.sabar itu penghilang penat tekun penghilang hampa. lepas selesai ja ujian kafaah saya balik terus sebab sedih...Ya Allah jadikanlah Hambamu  ini dapt menghadapi segala ujian dan rintangan mu dan terus menjadi cermerlang!!!!! Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...