rehlah

rehlah

ucapan

Monday, September 27, 2010

Kepayahan di dalam Pengembaraan Atau Perjalanan mencari ilmu MeMudahkan Kita Ke SyurGa!!



kepayahan dan kesusahan dalam menuntut ilmu tidak pernah hilang dalam kamus seseorang yang bergelar pelajar sama ada dari zaman dahulu mahupun sekarang . mahupun zaman ini dilihat lebih banyak kemudahan untuk belajar berbanding waktu dahulu yang kepayahan kita sedia maklum seperti belajar menggunakan lampu pelita , terpaksa merantau jauh dari kampung halaman sama ada berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan yang serba daif pada waktu itu seperti unta, kereta lembu dan sebagainya.

Namun segala kepayahan itu janganlah dijadikan sebagai alasan untuk kita berundur dari medan jihad ini (menuntut ilmu) kerana segala kepayahan ini tidak akan Allah s.w.t sia-siakan bah  diberi balasan yang tidak terkira iaitu pahala dan keistimewaan berbanding yang lain!.sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11;

 Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.




jelaslah Allah s.w.t memuliakan ornag-orang yang menuntut ilmu ini kerana mengatahui tentang agama secara lebih mendalam berbanding yang tidak berusaha untuk menpelajari dan mendalaminya, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalnya, maka tidak dapat dikejar dengan nasabnya.”



Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Begitu besar sekali ganjaran Allah s.w.t terhadap hamba-hambanya yang bersusah payah dalam menuntut untuk mendapat keredhaannya, tidakkah ia menjadi satu hadiah bagi sanggup bersusah untuk redhaanNya dan menjadi galakan kepada HambaNya yang lain untuk bersama-sama mencari redhaNya dengan belajar?.

Menjari ilmu ini bukanlah satu perkara sunat bahkan ia menjadi kewajipan keatas setiap muslim di muka bumi ini Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jelaslah kewajipan menuntut ilmu itu pada setiap muslim dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari serta mengajarkan pada insan yang lain kerana ia adalah sedekah kepada yang diajarkan Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Maka haruslah kita mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t kerna menguji keimanan kita agar kita terus berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya yang luas agar kita tidak terus berada dalam kesesatan dan mendapat ganjaran darinya, Ayuhlah kita bersama-sama terus mencari ilmu sehingga ke akhir usia walau pelbagai cabaran akan kita tembuhi namun semua itu adalah hikmah kepada kita dan menjadikan kita insan yang tabah dan disayangi oleh Allah s.w.t jesteru kita pasti beroleh kejayaan kelak iaitu syurga..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...