rehlah

rehlah

ucapan

Friday, October 29, 2010

Kaedah menghadapi Peperiksaan

Bila menjelang sahaja peperiksaan ramai orang akan panik gelabah dan banyak lagi, tapi semua itu tidak menjadi satu masalah bagi orang yang dah benar-benar bersedia dari aspek rohani mahupun jasmani malah orang yang bersedia dalam peperiksaan menjadi lebih bersemangat apabila waktu ujian bermula. tapi apakah dia persediaan Rohani dan jasmani ?. hingga begitu hebat lagi bagi mereka yang memilikinya dalam dewan peperiksaan kelihatan bersahaja bukan bersahaja kerna kosong tapi kerna dapat menjawab soalan dengan tenang bak kata orang putih nampak cool ja mamat tu . itulah juga dikatakan strategi untuk cemerlang dalam apa jua jenis ujian ...


pertama Soal Rohani kita perlu dilihat dari aspek yang mendalam iaitu berkaitan hubungan kita dengan pencipta Alam Semestar ini , yang menjadikan segala apa yang ada dilangit dan di bumi. jika hubungan kita dengan Allah swt  masakan kita dapat tenang untuk menghadapi peperiksaan kerna jika hubungan kita dengan yang Maha Esa tidak dekat sukarlah untuk kita memperoleh bantuan dariNya kerna yang penting dalam menuntut ilmu adalah memperoleh keberkatan dan rahmat yang Maha Esa dengan ilmu yang berkatlah ilmu itu terus bersama kita. jangan kita hairan dengan orang-orang kafir disekeliling kita yang tidak menjaga makan minum dari aspek halal haram malahan tauhid juah menyimpang  meraka tetap berjaya, dengan cemerlang . tapi sedarkah kita kejaan mereka hanyalah berbentuk duniawi sedangkan kita berbentuk duniawi malahan ukhrawi yang lebih kekal . oleh itu , kita perlulah taqorub kepada ilahi dengan cara menjaga solat kita menambah amal ibadah sunat seperti melakukan solat tahajud banyak berzikir dan menbaca Al-quran dan amalan-amalan yang lain lagi .semua amalan-amalan tersebut mestilah semata-mata keranaNya barulah amalan tersebut diterima .

kekuatan rohani ini akan terbina dengan sendiri setelah kita melalui proses tadi namun semua ini atas kehendak ilahi jua jika kita masih belum memperolehinya janganlah kecewa kerna pasti ada hikmah atau kafarah keatas kita yang pasti segala amalan yang kita lakukan tadi semata-mata keranaNya yang mana kita ini adalah hambanya. tetapi kita harus yakin bahawa orang yang berusaha akan memperoleh kebaikan sama ada cepat atau lewat ataupun pada masa akan datang.

Kekuatan Jasmani ini terbina atas penyertaan kita dalam apa-apa aktiviti luar yg kita ikuti seperti bersukan bersenam banyak berfikir fositif pada diri sendiri juga menbina kekuatan jasmani  

   
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...