rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, May 10, 2012

Jiwa lara Perantau


merantau merupakan pekataan yang sangat sinonim dengan penuntut ilmu. kerana ilmu tidaklah berapa pada suatu tempat sahaja bahkan ia berada di seluruh pelusuk dunia. kerna itulah setiap perantau akan menyelami  alam suka duka perantau. Iman Syafie merupakan seorang perantau yang mengembara mencari ilmu dan segala suka dan dukanya diungkapkan dalam bait-bait syairnya.

ciri orang yang berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal pada suatu tempat.
meninggalkan tempat tinggalnya untuk mengembara  itulah merupakan sebahagian isterehat baginya  

pergilah dengan penuh keyakinan ! nescaya engkau akan temui pengganti yang tekah engkau tinggalkan.
berkeja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah berkerja keras.

apabila air bertakung, ia akan mengeluarkan bau yang busuk, andaikata ia mengalir air itu akan terlihat bening dan bersih, sebaliknya jika dibiarkan bertakung ia akan menjadi kotor.

tinggalkanlah tanah airmu yang gersang,dan jangan cemas perpisahanmu dengan kaum kerabatmu.
minyak Ambar yang harum itu asalnya dari kekotoran, tetapi pabila ia diperoses ramai yang mengemarinya.

Aku akan pergi jauh merantau. akan ku gapai cita-citaku atau mati di negeri orang. jika aku mati kepada Allah aku kembali.namun jika selamat kepada kampung halaman akan ku kembali.

pergilah merantau kerana padanya ada lima kebaikan, iaitu menghilangkan kesedihan, mencari penghidupan, menambah pengatahuan, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan orang ramai.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...