rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, May 10, 2012

Berputus Asa


Setiap insan sama ada lelaki mahupun perempuan tidak akan terlepas dari ujian Allah swt sama ada dari perkara yang kita sedar ataupon tidak juga dari golongan yang kita benci mahupon dari kalangan kita sayangi. namun begitu wajiblah kita bersangka baik terhadap ujian mendatangi itu mempunyai hikmah yang kadang kala tidak kita sendiri fahami 

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi 

kadang-kala kita terlalu yakin untuk mengatakan kita ini benar-benar beriman sedangkan kita masih belum diuji

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”  Surah AlBaqarah : Ayat 214

kata ulama' ukuran terhadap keimanan seseorang dapat dilihat apabila dia menerima qada' dan qadar Allah kerana manusia sering berkata beriman denganNya sedangkan apabila ujian Allah melewatinya dia dia akan berputus asa dari rahmat Allah swt maka amat rugilah ia sedangkan yang terus bersangka baik terhadap ujian Allah amat besar keuntungannya kelak.

kata iman syafie " waktu itu ada  dua perkara, iaitu yang mengandungi kedamaian dan menyimpan bahaya. hidup juga ada dua perkara iaitu hidup yang penuh suka dan menyimpan duka".

katanya lagi " seringkali cubaan itu datang,menghimpit hati seorang pemuda,ketika meraka bertaqwa, allah swt akan berikan jalan keluarnya.

walaupon suasana semakin menghimpit, rantainya pula semakin menegang, ia akan mengendur kembali, padahal aku tidk menduga himpitan itu akan terbuka".

janganlah kita berputus asa daripada setiap dugaaan yang kita hadapi kerana orang-orang yang bertaqwa itu ujiannya lebih dasyat dan berat namun meraka cekal menghadapinya sehingga Allah swt mengankat darjat mereka. bukankah berputus asa itu sikap orang-orang kafir? kerana ketika mana mereka diuji mereka menganbil jalan mudah dengan menbunuh diri!

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".surah yusof : ayat 87.

tabahkanlah hati dan teruskanlah kehidupan ini walau pelbagai ujian yang Allah datangkan kepada kita semoga ia menjadi penghapus dosa kita sama ada kita sedari atau pon tidak.dengan harapan kita kita bertemu denganNya dalam keadaan tidak berdosa,itulah yang dikatakan lumrah dunia jika bahagia didunia ini sementara derita pon seketika yang pasti rahmat Allah itu mengatasi segalanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...