rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, July 19, 2012

lapan faedah ilmu dari iman hatim al-Asam

Iman Hatim merupakan anak murid iman as Syaqiq al Balkhi..lapan faedah ini dinyatakan oleh iman Hatim apabila gurunya menyoal tetang faedah dan kebaikan dari berguru dengannya selama tiga puluh tahun lamannya, lalu imam hatim meyatakan lapan faedah ini.

Faedah pertama:

setiap mahluk yang ada di dunia ini pasti ada sesuatu yang dikasihi dan diasyikannya beliau namun kebanyak mereka mereka mengasihi sesuatu yang hanya menemani mereka disaat sakit atau hingga ke kubur tetapi tidak bersamanya di dalam kubur, kesimpulannya sebaik-baik kekasih adalah yang setia mengiringi kekasihnya hingga ke dalam kubur menemani dan menghiburkan dan mana mungkin ada kekasih yang manpu melakukan sebegitu melainkan amal soleh, maka jadikanlah amal soleh sebagai kekasih sejati..

Faedah kedua:
sememangnya manusia inin dilihat sering melakukan sesuatu semata-mata ingin memenuhi kehendak nafsu sahaja walau dengan apa jua cara sekalipun.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى (٤٠)فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى (٤١
 Dan adapun orang-orang yangtakut kepada kebesaran Rabbnya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (QS. 79:40)41. maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (QS. 79:41)

pada pentafsiran iman hatim ayat ini benar-benar menberi keyakinan kepada kita bahawa Al-quran itu benar dan bahawasanya nafsu itu mesti dimusuhi lalu kita jadikan ia musuh dan tentangla ia dengan sepenuh pejuanganmu, jangan pernah manjakan ia sehinggakan ia merasa nikmat dalam ketaatan kepada Allah swt.

Faedah ketiga:

manusia tiadak pernah jemu dari bercita-cita untuk menghimpunkan harta benda dunia ini sebanyak banyaknya kemudian mereka menahannya dari mendermakannya, tapi pernahkah kita memikirkan firma Allah swt.

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٩٦
Apa yang ada disisi kamu itu akan habis dan pahala yang ada disisi Allah itu akan kekal (Surah al Nahlu:96).

apakah tidak ingin kita jadikan segala harta benda milik kita yang tidak kekal ini menjadi kekal dengan cara kita dermakan dan bahagikan ia kepada yang memerlukan dengan seikhlas hati moga menjadi pahala yang kekal di sisi Allah swt.

Faedah keempat:
sesungguhnya sebahagian dari kita menyangka bahawa kemulian dan keagungan itu adalah dilihat dari aspek banyaknya kaum dan pengikutnya, sebenarnya kita telah salah dalam mentafsirkan kemulian dan keagungn itu dan adapula yang menyangka kemulian dan keagungan itu terletak pada kekayaan dan anak buah dan ia merasa sombong dengannya, tidak kurangnya ada yang menyangka dengan kekuasaan merampas hak orang lain serta mezalimi itu adalah kemulian begitu juga yang yang bermewah-mewah sehinggakan melakukan pembaziran.
Tetapi fikirkanlah firman Allah swt ini:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ( surah Al Hujurat:13 )
Maka kenapa tidak kita memilih jalan taqwa untuk mencapai kemulian dan yakinlah sepenuh hati bahawa apa yang disebutkan dalam al quran adalah benar dan kesemua sangkaan diatas adalah salah.

Faedah yang kelima:
bahawasanya ramai manusia saling memaki dan menghina serta mengumpat, kata Iman Hitam ini semua adalah berpunca dari sifat hasad pada memiliki harta kedudukan atau ilmu, kemudian Iman menjelaskan ayat Al-quran yang berbunyi :

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَةَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضاً سُخْرِيّاً وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ 
مِّمَّا يَجْمَعُونَ  
 (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

maka sedarilah pembahagian segala nikmat itu adalah daripada Allah sejak dari alam azalilagi, oleh kerana itu tidak ada perasaan dengki ini wujud bahkan merasakan puaslah kerana kerana pembahagian ini dilakukan oleh Allah swt.. 

Faedah keenam :

sesungguhnya manusia ini acapkali bermusuh musuhan diantara mereka kerana satu tujuan atau satu sebab maka Iman hitam menjelaskan musuh sebenar bagi manusia berdasarkan firman Allah swt :

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
"sesungguhnya syaitan itu bagi kamu musuh yang nyata. kerana itu jadikanlah ia sebagai musuh"
surah fathir:6

kesimpulannya tidak perlu kita bermusuh dengan sesiapa selain dari syaitan..

Faedah yang ketujuh:

manusia berungguh-sungguh dalam mencari rezeki sehinggakan ada diantara mereka mengambil rezeki dengan cara yang syubhat haram lagi batil walau pun ia mengorbankan maruah dan nama, sejernak kita fikirkan firman Allah swt 
"tidak ada dari sesuatu yang melata di atas muka bumi ini kecuali rezekinya dijamin telah dijamin oleh Allah swt" surah hud: 6

ketahuilah bahawa rezeki kita telah dijamin oleh Allah maka janganlah kita disebukan dengan perkara dunia sibukkanlah diri dengan beribadah kepadaNya serta putuskanlah segala harapan padaNya..

Faedah kelapan:

Setiap orang memiliki sesuatu yang menjadi pegangan hidup ada sebahagian diantara kita mennjadikan wang ringgit sebagai pegangan hidup atau pangkat ataupon kekayaan lalu kufikirkan firman Allah swt:

" dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allaah pasti akan cukupkan baginya sesungguhnya Allah swt mempersampaikan segala urusanNya dan sesungguhnya Allah swt telah menjadikan segala setiap sesuatu itu ditentukannya "surah at thalaq:3

maka cukuplah bagi kita berserah segalanya kepada yang Esa nescaya ia akan cukupkan bagi kita dan kepada dialah sebaik-baik tempat kita berserah.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...