rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, October 7, 2010

Tanggung Jawab!!






إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS.17.36)

Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”. satu ungkapan mudah kita sebut, dengar , lihat tapi bagaimana kita sendiri yang melakukan atau menanggung tanggungjwab tersebut, sudah pasti ianya bukan semudah yang disangkakan, walau bagaimanapun kita tidak dapat terlepas dari tanggungjawab selagi mana kita hidup usahlah kita cuba bermain akal untuk melepaskan diri dari tnggungjawab kerana kelak kita akan pasti disoal tentang tanggungjawab yang diberi di hadapan Allah swt, apakah kita diketika itu dapat menberikan alasan lagi?,  untuk melepaskan diri atau berbohong dihadapan Allah swt sudah tentu tidak!!.

Maka kewajipan itu perlu dilaksanakan dengan penuh didikasi tanpa ada rasa mengeluh, bebal dan apapun perasaan untuk tidak mahu bertanggungjawab. pelaksanaan kewajipan seperti ini sudah pasti mendapat ganjaran dari yang Maha Esa malah perkara yang dilakukan menjadi lebih bermutu serta berkualiti, maknanya tidak rugilah bagi kita ini umat manusia melakukan tanggungjawab dengan penuh  keikhlasan tanpa mengharap balasan melainkan keredhaannya, alangkah beruntungnya kita sebagai hamba Allah swt.  

Menurut kaedah Fiqhiyyah " Bebas Dari Sebarang Tanggungan Adalah Perinsip Asas " makna dari kaedah ini adalah setiap insan daripada kita ini pada mulanya bebas dari sebarang tanggungan sehinggalah melakukan muamalah dengan insan yang lain maka wujudlah tanggungan di dalam muamalah itu apabila setiap perkara yang dirangcang dipersetujui, apabila kewajipan sedah diberi maka kita tidak lagi pada hukum asal iaitu bebas dari sebarang tanggungjawab maka wajiblah kita melaksanakan tanggungjaaawab tersebut sehingga selesai kerana tidak ada orang lain yang akan menanggungnya untuk kita  seperti mana firman Allah swt ;

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Artinya: “Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”ayat 164 surat Al An’am

Jelaslah daripada Firman Allah swt  bahawa kita bertanggungjawab atas apa yang kita usahakan maka sudah tentu bukannya orang lain yang akan menanggungnya untuk kita. menerima tanggungjawab bukanlah satu bala atau malapetaka bagi kita ,bahkan ia adalah satu ujian bagi allah untuk menguji Keiman kita dan apabila kita berjaya keimanan kita akan bertingkat bahkan ia juga menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab berdisplin dan berkarisma dimata pandangan masyarakat umun atas tanggungjawab yang dipikulnya sepertimana Dalam surat Al Mudatstsir ayat 38

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
 Artinya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah  diperbuatnya”

dengan menanam sifat terpuji ini dalam diri kita, masyarakat akan mudah menpercayai kita di dalam melakukan sebarang urusan dan sudah pasti kita akan mudah untuk menperoleh kejayaan dalam apa jua yang diusahakan. marilah bersama-sama kita memupuk sifat ini dalam diri kita agar kita menjadi generasi pembangkin kejayaan pada masa akan datang.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...