Awal pagi-pagi dah Bangun untuk solat subuh kemudian bersiap terus tuk berkumpul ke jamiah , tempat berkumpul di masjid suhada' erm dah ckup kami berkumpul PIC bawa kami ke jamiah dengan menaiki koster erm rasa ttak sabar pulak tuk belajar kat jamiah maklumlah dan laman tinggalkan alam kolej bak kata lain Alam kampus..
setiba sampai sahaja di jamiah kami dapat melihat ramai orang-orang Arab yang yang sama matlamat dengan kami di jamiah mut'tah berkejar tuk masuk ke dalam kemudian kami pun dibawa oleh PIC ke dalam jamiah erm rasa kagum pulak bila dapat melihat jamiah yang besar dari kolej dahulu serta bilangan pelajar dia yang ramai, banyak fakulti terdapat disini namun hanya beberapa fakulti sahaja yang diiktiraf kerajaan Malaysia.Akhirnya kami sampai kesebuah bagunan untuk pendaftaran masuk ke jamiah .disitu kami sempat untuk mengulangkaji madah untuk ujian kafaah nanti. Semasa menungu untuk pendaftaran kami berpeleseran di hadapan pintu utama tersebut jadi kami dapat melihat kerenah orang Arab bagaimana samaada segi pakain atau sikap, dari segi pakain erm memng tak tahu la nak kata apa .. dalam sirah nabawiah nabi penah melarang wanita untuk menbuat sanggul seperti bunggul unta tetapi kami masih dapat melihat sanggul tersebut hingga harini ...
pakain wanitanya sama jugak la dengan kaum hawa di Malaysia bertudung tetapi berpakaian ketat dan sendat dan yang tidak bertudung pulak beragama kristian! bagi lelaki pulak yang berjubah dan berseban lain macam sikit itu katanya khawarij? betul ke tidak saya pon tidak pasti selepas selesai semua urusan pendaftaran kami mendapat nombor kad pelajar dan nombor identiti rahsia. selepas itu kami terus bergerak ke bagunan yang lain semasa ke tempat pembayaran yuran kami dapat melihat ramai orang-ornag arab berpeleseran di merata-rata tempat termasuk di kolam yang besar tetapi tidak ada air kaum wanita pulak duduk di tepi jalan sejara beramai-ramai agak pelik sebab kat kolej dulu kaum hawa tidak berani berkelompok macam mereka buat sebab aib . selepas selesai bayar yuran yang berjumlah 645jd iaitu Rm3225.00 . kami terus pergi ke bagunan yang lain untuk ujian kafaah ujian pertama Bahasa Ingglish kedua Bahasa Arab erm sedih dan kecewa hati ini bila pemeriksa beritahu yang saya gagal kedua-duanya sekali .lepas keluar kami terus pergi untuk ujian kafaah seterusnya iaitu ujiah komputer syukur rasanya sebab lepas juga ujian komputer ini walaupon sedih ujian sebelum ni gagal.sabar itu penghilang penat tekun penghilang hampa. lepas selesai ja ujian kafaah saya balik terus sebab sedih...Ya Allah jadikanlah Hambamu ini dapt menghadapi segala ujian dan rintangan mu dan terus menjadi cermerlang!!!!! Amin.
No comments:
Post a Comment