rehlah

rehlah

ucapan

Friday, September 24, 2010

RehLah Ke Laut Mati>>!!

 Rehlah Ke Laut Mati adalah satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan penulis, kerna seperti yang kita tahu Laut Mati ialah tempat yang Allah s.w.t turunkan azab pada satu kaum yang bernama kaum luth . kaum luth adalah kaum yang tingal di kota sadom dan kaum ini adalah yang yang tidak mahu mengikut perintah dari Allah s.w.t dari melakukan amalan sonsang iaitu homoseksual .
 
   Allah s.w.t telah mengutus Nabi Luth a.s untuk membingbing kaum Luth kepada fitrah asal manusia . Nabi Luth juga telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya, lalu Allah s.w.t telah menurunkan azab yang amat dahsyat kepada kaum luth kerna menginkari utusan Rasulnya.

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82) 

 Allah s.w.t telah menterbalik kota sadom sehingga memusnahkan semua kaum dan kota sadom sebagai balasan yang dahsyat kerana menginkari perintah Allah s.w.t Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.
  
   begitulah ringkasan dari cerita Laut mati  iaitu asalnya sebuah kota kini menjadi laut setelah diterbalik oleh kekuasaan Allah S.w.t, Rehla kami ini diketuai oleh Saudara kami yang lebih senior di bumi syam ini erm perjalanan ini amat bermakna bukan kerna untuk bergembira tetapi untuk melihat kebesaran Ilahi, perjalanan kami seramai 22 orang dengan menaiki coster ( seperti bas tetapi kecil sikit ) dalam perjalan kami diberi sedikit taklimat dan diceritakan tentang sejarah Laut mati dalam perjalan ke sana kami telah melaui banyak tempat-tempat yang bersejarah lagi seperti kota Salahuddin al-Ayubi di karak , melihat kawasan yang dikatakan tempat kapal nabi Noh a.s berada ketika dahulu dan kubur nabi Noh a.s . sebelum kami turun ke tempat paling rendah di dunia kami dapat melihat satu batu berbentuk perempuan yang mengendong anak menurut sahabat melalui cerita israiliat batu itu adalah isteri kepada Nabi Noh yang tidak bersamanya untuk berada di atas kapal ketika banjir besar tersebut.
    sebelum sampai ke distinasi yang dituju kami dah dapat melihat laut tersebut yang di persisir pantainya terdapat banyak garam putih menunjukan betapa masinnya laut tersebut. setelah sampai kami pon berkumpul dan urusan pembayaran untuk ke kawasan pantai yang terjaga itu diselesaikan oleh sahabat kami kami pon melangkah masuk dan mencari kawasan yang sesuai setelah selesai menyusun barang kami terus menunaikan solat magrib terus mengqasar dan jamak taqdim. selepas tu kami terus melakukan aktiviti yang dirancang seperti memanggang ayam dan sosej makan nasi hujan panas berlauk kari  ubi.
  keadaan laut mati tak ubah macam keadaan laut di malaysia sesak dengan orang ramai ,apa yang membuatkan saya berdebar ialah untuk turun mandi di laut yang kita tahu ia dapat menimbulkan kita di atasnya dan akhirnya saya dapat rasainya sendiri dan mencuba untuk terapung atas Laut mati yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia. keadaan laut mati memang berbeza dengan Laut di Malaysia kerna keadaan laut dia rasa berminyak kerana terlalu masin dan airnya agak suam dan kami berasa tidak selesa tetapi ia baik untuk kesihatan. itu Laut mati menpunyai kelebihan pada lumpurnya yang dapat menbersihkan kulit . jadi ramai yang menyalutkan lumpur laut mati keseluruh badan untuk kebaikan pada kulit tidak kurang hebatnya sehingga ada yang membawa pulang lumpur tersebut. walau apa pun laut mati menakjubkan kerna kita tidak tenggelam jika dalam keadaan berbaring atasnya.
   permandangan  di hadapan kami iailah israil yang dilihat banyak cahaya lampu dari jarak jauh, selepas selesai kami pon mula mengemas barang-barang dan berkumpul untuk berangkat pulang ke muttah semula.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...