rehlah

rehlah

ucapan

Sunday, December 25, 2011

Megnet Hati



Tidak ada seorang pun, ketika Allah menciptakannya, kecuali pasti memiliki potensi menerima dan menolak. Bila tidak memiliki bererti ia telah kehilangan dirinya, kehilangan rahsia wujudnya. la seperti pohon kering yang daun-daunnya berguguran, tidak menghijau dan tidak hidup. Atau seperti pohon yang tidak berbuah, hidup tapi seperti mati. la tidak punya pengaruh dalam kehidupan kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi.

Ada sejumlah orang yang bukan nabi juga bukan syuhada, tetapi kedudukannya di sisi Allah membuat para nabi dan para syuhada in hati. Mereka dapat menyingkap rahsia Allah dalam dirinya, yakni anugerah indra: telinga, mata, dan hati. Mereka membangkitkan dan "memerangi"nya dengan ibadah dan ketaatan, sehingga menyala dan berkobar-kobar. Dari dalam jiwa dan hatinya muncul luapan gelombang yang mampu mengharu biru hati manusia sehingga menjadikannya lunak di hadapan Allah swt. Hati dan perasaan menjalin hubungan yang demikian harmonis, dan tak dapat di-ungkapkan dengan kata-kata, namun kita dapat merasakan kebahagiaan dengannya. la menjelma menjadi kha-yalan indah yang melayang-layang. Ia pun lalu berubah menjadi "magnet" yang dapat menarik ruh dan hati.

Tak seorang pun yang tidak mempunyai perasaan seperti ini, walau hanya sedikit. Seorang da'i yang sukses adalah yang mendapat petunjuk Allah ke tempat persembunyian perasaan ini, sehingga menambah kekuatan dan gairahnya. Allah swt. berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kalian." (Al-Anfal: 24)

Sementara orang-orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya, telah Allah nyatakan, "Kemudian setelah itu  hati kalian menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada sungai-sungai yang mengalir darinya, dan di
antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air darinya, dan di antaranya
sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak
lengah dari yang kalian kerjakan." (Al-Baqarah: 74)

Ayat ini telah menjelaskan bahawa batu itu sensitif. Bahkan ia meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu itu dapat sensitif. Namun kita yakin (melalui ayat) tersebut bahawa ia memang sensitif, takut, dan melekat satu sama lain kerana takut-nya kepada Allah.

Bila batu saja sensitif, gemetaran, dan melekat satu sama lain kerana takut kepada Allah, lalu bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan oleh Allah kenikmatan yang besar, seperti akal, perasaan, dan hati sebagai tempat penitipan rahmat. Allah berfirman, "Berkata Musa, 'Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku“. (Thaha: 25-28)

terjemahan dari kitab At-thoriq ila Qulub

Thursday, December 1, 2011

Tautan Ukhwah Di antara Kami


Ukhwah, kasih sayang, kerja sama yang digarapkan dalam persahabatan ini pasti tidak dilupakan, segala ujian dan dugaan menjadi ujian pada kami.

Itulah yang dapat disimpukan daripada kembara kali ke II ini, mungkin sebelum ini ada diantara kita terputus ikatan persahabatan ayuh kita pintal semula ikatan yang terputus itu.

                                    kami bermula dengan perancangan rapi agar semuanya teratur

                                           Bersama rakan-rakan di mantiqah Irbid dan Mafraq

Dimulai dari Irbid dan berakhir di Mu'tah, kami merentasi hampir keseluruh bumi Urdun ini iaitu Umm Quisy. Maqam sahabat, Jerash, Citadel, Maqam Ashabul Kahfi, Jabal Nebo, Uyun Musa. disusuli hari seterusnya Hamamat Ufra, Petra ( salah satu dari 7 benda ajaib di dunia ), pantai aqabah dan diakhir sekali Wadi Rum.

                                                Tasik yang menjadi rebutan tiga negara


                                              Antara Maqam Sahabat yang kami kunjungi 

                                                    Pemandangan laluan di kota Lama Rom

Begitulah rehlah yang singkat namun menberi kesan dan impak yang besar dalam jiwa kami.

Friday, November 4, 2011

Pati Ilmu Tasauf

 Tahukah kita ilmu tasauf itu menpunyai dua unsur:


Pertama : Istiqamah iaitu tetap pendirian.


Kedua : Baik kelakuan dengan mahluk.


Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya serta ia bergaul dengan lemah lembut, maka orang itu seorang sufi.


Istiqamah bermakna ia mengorbankan segala kehendak nafsu untuk mendapatkan keindahan peribadinya.


Manakala baik kelakuan pula ialah engkau tidak memaksa manusia yang untuk memperturutkan kehendak dirimu bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu untuk menurut atau melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara-perkara yang menyalahi syara'.


petikan ini diambil dari kitab Ayyuhal walad karangan iman Ghazali.




Tahukah kamu tanda orang yang bijak adalah orang yang ingin belajar segala ilmu yang ada pada guru yang mursyid dan kemudiannya disampaikan kepada yang lain.

Thursday, November 3, 2011

Tiga Hakikat Satu Makna

Iman Al Ghazali merupakan ulama' yang tidak asing lagi bagi kita sehinggakan ia digelar sebagai Al Iman Hujjatul  Islam bukan itu saja beliau begitu banyak memberi sumbangan dalam bidang keilmuan islam ketika itu.

Pada ketika hayat Iman al-Ghazali, Iman ghazali menpunyai begitu ramai pengikut dan anak-anak murid yang datang belajar dengannya dan Iman al Ghazali begitu menyayangi mereka dan begitu juga anak-anak muridnya perkara ini dapatlah dibuktikan melalui jawapan kepada surat yang diutus oleh anak muridnya yang sangat menyayanginya, di mana di dalam surat itu  murid beliau meminta agar diberikan kepadanya satu wasiat yang ditujukan khas buatnya, lalu iman Ghazali dengan murah hati menjawab serta menberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya. antara sebahagian nasihat Iman ghazali kepada anak muridnya ialah berkaitan hakikat ubudiah, hakikat riak, hakikat ikhlas dan makna tawakal.

Hakikat Ubudiah

kata Iman Ghazali ubudiah itu mengadungi tiga perkara: 

  1. menjaga hukum hakam syariat .
  2. Redha dengan qada' dan qadar dan pembahagian Allah swt.
  3. bahawa engkau mencari keredhaan Allah swt walaupun engkau terpaksa meninggalkan keredhaan dirimu sendiri.   
Hakikat Ikhlas 

kata iman ghazali, ikhlas itu apabila engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah swt dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.

Hakikat Riak

Riak itu sebenarnya lahir dari rasa membesarkan mahluk, dan cara menghilangkannya ialah bahawa engkau melihat mahluk itu adalah diarahkan oleh takdir Allah swt dan engkau merasakan mereka itu adalah tidak ubahnya seperti benda yang beku tidak menpunyai kemampuan untuk menyampaikan kerehatan atau kemudaratan. maka dengan itu selamatlah daripada mengambil kira pandangan mereka. tetapi jika engkau merasakan mereka dapat memberikan yang sedemikian maka sifat riak itu tidak akan hilang dari diri .

Makna Tawakal

Iman ghazali menjawab, tawakal itu bahawa engkau memantapkan i'tiqadmu dengan janji-janji Allah swt iaitu engkau beri'tiqad bahawasanya segala apa yang ditakdir bagimu itu pasti sampai kepadamu, tidak boleh dan manpu seluruh mahluk yang ada di alam ini untuk menghalangnya daripadamu dan sebaliknya apa-apa yang ditakdirkan bukan untukmu sudah pasti ia tidak akan sampai kepadamu dlam apa jua cara sekali pun.

inilah antara nasihat iman al-Ghazali kepada muridnya. dalam qalam ini dipetik daripada buku AYYUHAL WALAD terbitan pustaka Salam.   

Monday, October 3, 2011

Sedikit Renungan

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."Ibn Mas'ud r.a



  Huraian

i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.


Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.


Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.


Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.


Thursday, August 11, 2011

Kembara khirijin Siri Pertama


Jelajah atau mengembara merupakan satu pengalaman yang menarik dalam kehidupan tambahan pula kita dapat melihat keindahan Alam ciptaan Allah swt, oleh demikian itu kami telah merancang untuk menjelajah ke beberapa tempat yang menarik, cetusan idea yang ini timbul selepas salah seorang rakan kami yang khirij pada semester ini sudi untuk membawa serta menunjukan jalan ketempat yang bersejarah disekitar Jordan kepada kami dan kembara ini menjadi jelajah yang terakhir bagi mereka yang khirij pada semester ini dan mengharap kembara ini menjadi satu kenangan yang abadi.
walaupun pada asalnya siri kembara kami ini tidak ramai yang menyertainya, tetapi  bertukar menjadi lebih meriah apabila perubahan peracangan yang pada awalnya kami merancang untuk menyewa kereta, disaat akhir kami mengubah perancangan  kepada menyewa Mpv, di saaat itu sahabat kami yang berada di Mu'tah tertarik untuk bersama kami dan mereka pon segera menyediakan ayam untuk dipanggang sebagai juadah sahur kami di Aqabah nanti.
 Gambar Mpv Kembara Khirijin

Ujian dan dugaan adalah sesuatu yang lumrah dalam pengembara dan penjelajahan, tapi yang yang menarik pada kembara ini ialah  belum bermula penjelajahan kami ujian sudah menjengah kami! sesat selepas mengambil Mpv dari tempat yang agak jauh dari kedai sewa tersebut akibatnya kami terpaksa menungu lebih kurang tiga jam akhirnya kami membuat keputusan untuk bertemu di City Mall, Alhamdulillah selepas selesai solat  rakan kami yang sesat datang bersama seorang lagi sahabat kami yang datang ke Amman secara tidak langsung dia pon tertarik dengan pengembaraan kami. disebabkan kelewatan kami bertemu semula kami kami terpaksa berbuka di Amman di restoren .. menjadi pilihan kami.

secara tidak langsung hikmah dari ujian pertama itu,membuatkan kami bergerak hati untuk bersolat di Masjid negara, dikatakan alunan bacaan Imannya merdu. kemerduan bacaan Al-quran oleh iman masjid negara jordan memang tidak dinafikan apabila kami sendiri mendengar ketika solat isyak dan terawih.
bergambar di hadapan masjin negara Jordan 

kami memerlukan masa lebih kurang dua jam untuk pulang ke Mu'tah alhamdulillah ustaz Amirol yang memandu secara tidak langsung dapat menberi ruang kepada rakan kami yang akan memandu ke Aqabah nanti beristirehat kerana perjalan kesana memakan masa yang agak lama, apabila sampai ke Mu'tah kami bersegera menyiapkan barangan untuk ke Aqabah, jelajah kami yang pertama dan kami seramai lapan orang termasuk seorang rakan kami yang diajak dengan kekerasan.walaubagaimana pun segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah kami menyedari tidak seorang pun dari kami yang menbawa pemetik api! disebabkan itu kami terpaksa behenti di setiap stesyen minyak nutuk mendapatkan pemetik api maklumlah tidak ada kedai yang buka sepanjang pejalanan ke Aqabah kerana sudah pukul  1.30 pagi jadi terpaksalah kami bertanya di setiap stesyen minyak dengan harapan untuk membeli pemetik api dari penjaga stesyen tersebut kerana stesyen minyak di jordan tidak sama seperti di Malaysia menyediakan barangan asas.

Alhamdulillah berkat kesabaran kami apabila tiba di satu stesyen minyak yang ada orang sudi untuk menberi kami pemetik api  jika tidak tidak tahulah kami bagaimana kami nak memanggang ayam untuk bersahur, Masalah kedua kami pula ialah kami tidak akan sempat sampai awal untuk bersahur disana jadi kami terpaksa mencari kawasan yang sesuai untuk memanggang, Alhamdulilah apabila kami menemuai suatu tempat yang sesuai dan menpunyai air bersih malah berhampiran dengan Masjid memudahkan kami untuk solat subuh.
  Sedang Bersahur Ni!!
Apa yang menarik masjid masjid yang berhampiran dengan tempat kami memanggang ini adalah masjid yang unik dari seni binanya walaupun kecil masjid tersebut dibina mengunakan batu-batu sungai dan menpunyai taman di dalamnya, menurut orang kampung disitu masjid tersebut telah dibina dari zaman sahabat lagi dan seni binanya tidak diubah melainkan sedikit sahaja sehingga sekarang.
  Bergambar bersama Ahli Qariah Masjid

Perjalanan kami diteruskan lagi sehinggalah kami samapi ke pantai Aqabah pada pagi jumaat keadaan dan suasana yang segar di awal pagi, kami memilih kawasan pantai paling menarik untuk disinggahi.
keadaan ditepi pantai Aqabah

selepas selesai sahaja kami bersantai di sekitar pantai Aqabah kami bersiap untuk mencari barangan cendera mata di kawasan perniagaan di persisiran pantai Aqabah namun agak mengecewakan walaupun sudah hampir pukul 12.00 tengah hari masih banyak kedai yang masih belum beroperasi, musnah harapan bagi sahabat kami yang khirij pada semester ini untuk mencari cendera hati dibawa balik ke Malaysia, hanya Argele dibeli mereka dan beberapa jenis kacang.

Selepas selesai sahaja kami pun berangkat pulang ke Mu'tah untuk perjalanan yang lebih jauh lagi,semestinya perjalanan kami ke Aqabah ini tidak akan dilupankan.  kenangan bersahur di tepi jalan, mencari pemetik api untuk memnggang, mencari kawasan bersahur dan lain-lain kenangan lagi.

kembara  ini akan bersambung pada siri kedua.



Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Menjelma Lagi!! رمضان عالباب

Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelma lagi! tapi adakah kita dah bayar apa yang tertonggak di bulan Ramadan yang lepas!. Erm pasti ada diantara kita yang masih belum tunaikan lagi kewajipannya yang lepas, walau bagaimanapun hutang yang lepas mesti di selesaikan juga . ingat ia adalah taklifan yang ditanggung oleh kita sehingga la kita bertemu denganNya.

Setiap kali ramadhan menjelma pasti kita akan bersiap-sedia Oops bersiap-sedia kita tu bukannya untuk menjalani ibadah di  bulan Ramadhan tetapi untuk Beraya!! sungguh pelik belum belum masuk bulan Ramadhan persiapan raya yang disiapkan. Pelik bin ajaibnya, khususnya orang Melayu, meriah dengan menyambut hari kemenangan walaupun kalah di bulan ramadhan sebabnya tidak berpuasa penuh tetapi gembira bak orang yang penuh amalannya di bulan Ramadhan.

kita seolah-olah gembira dengan syawal itu sebulan lebih awal, sepatutnya kita lebih gembira apabila masih diberi nikmat untuk berada di bulan ramdhan untuk kali yang seterusnya kerana padanya penuh hikmat dan hikmah , sungguh panjang kalau nak dibicarakan. maka haruslah kita yang masih ada nafas ini untuk mengubah persepsi kita bahawa persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan adalah terlebih penting agar segala persoalan berkaitan fiqh di bulan puasa tidak timbul. pemasalahan sebegini tidak seharusnya belaku jika kita terlebih dahulu bersiap sedia menhadapi bulan Ramadhan.

E-book Keutamaan Bulan Ramadhan, hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan Ramadhan, Hikmah Bulan Ramadhan ini mungkin dapat menbantu, memahami sedikit permasalahan ketika dibulan Ramadhan nanti.


click di sini: E-Book Ramadhan

Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik pernah kita lalui..Ingat Ramadhan Ingat puasa bukan Ingat Raya!! Selamat menjalani ibadah puasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...