rehlah

rehlah

ucapan

Sunday, March 27, 2011

TeMaN SeJaTi ,SaHabat


Pesanan Sahabat Rasullah dalam mencari seorang  sahabat sejati  yang mana kawan pada abad ini begitu ramai namun bukan kesemua kawan-kawan kita yang disisi kita hari ini adalah sahabat kita diwaktu susah ataupun senang kerna di akhir zaman ini persahabatan banyak terjalin kerna kepentingan diri semata-mata bukan kerna akhuwah yang dianjurkan oleh Islam iaitu bersaudara atau bersahabat kerna Allah swt, nasihat ini diberikan oleh seorang sahabat bernama Al-Qamah kepada anaknya antaranya ialah :
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu , ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Namun demikian haruslah kita ketahui bukannya mudah mecari teman yang sejati dan adalah lebih baik kita menanam dalam diri kita satu sifat untuk menjadi teman sejati kepada sahabat kita dan bukannya mengharapkan orang lain untuk menjadi teman sejati pada kita kerna mereka pon berharap seperti kita dan dengan menjadikan diri kita sebagai teman sejati pada sahabat kita sudah pasti sahaabat kita akan menjadikan dirinya sebagai sahabat sejati kita, sama-sama kita renungkan.

Friday, March 11, 2011

15 Musuh 10 Teman


Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t.oleh itu awas dan sentiasa berwaspada dengan helah syaitan.

Monday, February 21, 2011

Profil Tokoh Islam " Ibnu Rusd"

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.
Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Kardova. Kehadirannya di Kardova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd keranapemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.Pemikirannya memungkinkan masyarakat di sana keluar daripada zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat. Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rusyd.Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rusyd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Monday, January 31, 2011

Ciri-ciri Wanita yang tidak harus dinikahi !!

Iman Ghazili menasihatkan kita agar tidah menikahi wanita atau gadis yang menpunyai sifat yang enam kerna kelak kluarga tidak bahagia namun harus kita ingat kebahagian dan kesemuanya terletak di bawah kekuasaan Allah swt namun kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk memilih jalan yang terbaik untuk kita bahagia di dunia jua di akhirat sana.

ciri-ciri wanita enam itu adalah sepertimana yang diungkap oleh Iman Al-ghazali : 

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"
-Imam Ghazali-
* wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
* wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu   keranamu'.
* wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
* wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
* wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
* wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


sumber dari sahabat untuk semua

Monday, January 24, 2011

Amalan harian untuk kita menperoleh nikmat seperti yang dijanjikan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya' Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya' Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya' Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya' Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat 'Isya', ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KAUTSAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat 'Isya' hingga dia tertidur, insya' Allah dia dapat melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya' Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti 'Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai 'Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti 'Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti 'Aisyah tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti 'Aisyah menerangkan:
"Bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Tuesday, January 18, 2011

PerBuatan Yang Menyebabkan Amalan Tertolak

Kisah Mu'az bin Jabal menangis dengan hebatnya setelah mendengar nasihat Nabi s.a.w. bilamana beliau menceritakan amalan-amalan yang di bawa oleh malaikat Hafazhah tidak dapat diterima-Nya oleh beberapa sebab seperti sikap perbuatan hamba-Nya yang tidak diperkenankan.

Kisahnya begini:
Pada suatu hari, seorang lelaki bertanya kepada Mu'az bin Jabal: "Apakah hadith-hadith yang tuan pernah dengar daripada Rasulullah s.a.w.?" Mu'az pun terdiam sebentar. Kemudian Mu'az pun dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan hebatnya seolah-olah tidak akan berhenti lagi. Setelah lama kemudian, Mu'az mulai reda daripada tangisannya dan berdiam seketika, lalu Mu'az pun berceritalah, katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Mudah-mudahan akan menjadi kebaikan kiranya bagi jika engkau selalu ingat dan sentiasa awas". Demikianlah sabdanya. Lalu Mu'az pun meneruskan kisahnya lagi.

"Allah telah menjadikan tujuh malaikat, sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintunya, ditugaskan pada setiap pintu langit seorang malaikat
yang begitu besar dan tersangat cantik serta indah dan hebat".
1. Pengumpat
Naik malaikat Hafazhah kelangit pertama membawa amalan seorang hamba yang dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinarcahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga pintu langit pertama berkata: "Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan kemukanya! Aku Allah tempatkan di sini sebagai peneliti dosa orang- orang mengumpat supaya tidak membiarkan amalan-amalan orang mengumpat naik melintasi akuke atas".
2. Bermegah Dengan Kebendaan
Datang pula malaikat Hafazhah lainnya yang telah melepasi pintu langit pertama yang membawa amalan soleh hamba Allah yang sangat bersinar-sinar amalannya itu. Apabila sampai kelangit kedua, maka
malaikat penjaga pintu lagit itu pun berkata: "Berhenti! Ambil amalan itudan pukulkan kemuka orang yang empunya amalan itu, kerana bersarang dengan kemegahan dunia, tidak boleh melintasi aku kerana ia bermegah-megah dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan manusia (kerana pangkat, kerana jabatan, kerana wang, kerana nama, dan kerana pujian dan sebagainya)".
3. Takabur
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi, yang telah melepasi pintu langit pertama dan kedua yang membawa amalan hamba Allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah puasa, sembahyang yang menakjubkan malaikat Hafazhah sendiri. Apabila tiba dilangit ketiga,
ditahan oleh malaikat penjaga pintu langit ketiga. Katanya: "Berhenti! Ambil amalan itu dan pukulkan kemuka tuannya,aku malaikat pengawas sifat-sifat takabur, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah Allah, kerana amalan ibadahnya mengandungi sifat takabur, selalu takabur dalam majlis ramai".
4. `Ujub
Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi kelangit yang keempat,yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua dan ketiga yang membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahayanya. Sungguh
hebat, berdengung bunyinya amalan itu yang berisi tasbih, sembahyang haji umrah, tidak dibenarkan melintasinya, lalu berkata malaikat penjaga pintu langit itu: "Berhenti di sini! Tidak boleh meliwati
dari sini, aku malaikat penjaga pintu langit keempat, diperintah Allah amalannya itu dipukul kebelakangnya dan diperutnya kerana aku malaikat peneliti
sifat `ujub, dia sangat `ujub (takjub/hairan) dengan amalan
sendiri
(merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya".
5. Hasad Dengki
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu
langit pertama, kedua, ketiga dan keempat yang membawa amalan hamba
Allah, apabila tiba dipintu langit yang kelima, dilihat oleh malaikat
penjaga pintu langit kelima itu bahawa malaikat Hafazhah membawa
amalan seperti belarak pengantin perempuan dengan hebatnya. Lalu
malaikat penjaga langit itu berkata: "Berhenti! Pukulkan amalan
itu
kemuka tuannya, ketengkuknya, kebahunya, aku malaikat pengawas sifat
dengki manusia tidak akan membenarkan orang-orang yang hasad dengki
amalannya itu naik melewati aku dilangit kelima ini".
6. Rahim
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu
langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima yang membawa amalan
hamba Allah, apabila tiba dipintu langit yang keenam, lalu ditahan
oleh malaikat penjaga langit keenam: "Berhenti! Ambil amalannya
itu
dan pukulkan kemuka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama
manusia seperti orang yang ditimpa bala/musibah dia hanya suka sahaja
melihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim
manusia. Allah perintahkan aku supaya jangan membiarkan amalan hamba
yang tidak bersifat rahim naik ke atas".
7. Riak
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu
langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam yang
membawa amalan hamba Allah yang indah cemelang bersinar-sinar seperti
matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat, apabila tiba dipintu
langit yang ketujuh, maka ditahan oleh malaikat pengawal pintu langit
itu:
"Berhenti! Pukulkan amalan itu kemukanya dan segala anggota
badannya
dan tutupkan pintu hatinya dengan amalan itu. Aku diperintahkan Allah
melarang orang yang begini amalannya meliwati dari langit ketujuh
kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli-ahli ilmu (ulama'
fuqahah) supaya dia disebut termasuk ke dalam golongan ulama'
fuqahah
supaya mashur namanya (amalan riak: memperlihat-lihatkan, menunjuk-
nunjuk kepada manusia mencari pujian dari amalannya itu)- kerana
amalannya itu tidak ikhlas kerana Allah – riak kepada manusia
– Allah
tidak melihat amalan orang yang riak".
8. Tidak Ikhlas
Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu
langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh
yang membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyangnya,
zakatnya, haji umrahnya, solehnya, waraknya, baik akhlaknya, berdiam
diri sentiasa dalam zikir. Diiringi oleh malaikat segenap petala
langit kerana kebesaran, kehebatan amalannya itu sehingga dapat
melintasi segenap
tujuh lapisan pintu langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh
di atas dari langit ketujuh terus menuju kehadrat Allah s.w.t. lalu
mereka sekeliannya berhenti dihadapan Allah taala menjadi saksi atas
amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya. Allah berfirma yang
bermaksud: "Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba-Ku, Aku
pengawas
atas dirimu. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhaan-Ku, hanya
lain yang dicarinya, maka Aku laknatkan ke atasnya", dan semua
malaikatpun turut melaknat pula bersama Allah dan melaknatkan pula
oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isinya.

Tuesday, January 11, 2011

kisah kisah orang pertama??

Kebiasaannya kita hanya mengatahui orang yang pertama dalam melakukan sesuatu perkara dari buku sejarah negara  ,sains, sastera atau sebagainya kebanyakannya hanya berkaitan orang barat dan jadi adakah kita tahu mengenai siapakah orang pertama dalam syiar islam ini melalui sejarah yang terdahulu :
1.      Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

31…orang pertama yang mengasingkan tugas khalifah dari hakim :
Saidina umar al-khatab


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...