rehlah

rehlah

ucapan

Monday, October 3, 2011

Sedikit Renungan

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."Ibn Mas'ud r.a



  Huraian

i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.


Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.


Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.


Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.


Thursday, August 11, 2011

Kembara khirijin Siri Pertama


Jelajah atau mengembara merupakan satu pengalaman yang menarik dalam kehidupan tambahan pula kita dapat melihat keindahan Alam ciptaan Allah swt, oleh demikian itu kami telah merancang untuk menjelajah ke beberapa tempat yang menarik, cetusan idea yang ini timbul selepas salah seorang rakan kami yang khirij pada semester ini sudi untuk membawa serta menunjukan jalan ketempat yang bersejarah disekitar Jordan kepada kami dan kembara ini menjadi jelajah yang terakhir bagi mereka yang khirij pada semester ini dan mengharap kembara ini menjadi satu kenangan yang abadi.
walaupun pada asalnya siri kembara kami ini tidak ramai yang menyertainya, tetapi  bertukar menjadi lebih meriah apabila perubahan peracangan yang pada awalnya kami merancang untuk menyewa kereta, disaat akhir kami mengubah perancangan  kepada menyewa Mpv, di saaat itu sahabat kami yang berada di Mu'tah tertarik untuk bersama kami dan mereka pon segera menyediakan ayam untuk dipanggang sebagai juadah sahur kami di Aqabah nanti.
 Gambar Mpv Kembara Khirijin

Ujian dan dugaan adalah sesuatu yang lumrah dalam pengembara dan penjelajahan, tapi yang yang menarik pada kembara ini ialah  belum bermula penjelajahan kami ujian sudah menjengah kami! sesat selepas mengambil Mpv dari tempat yang agak jauh dari kedai sewa tersebut akibatnya kami terpaksa menungu lebih kurang tiga jam akhirnya kami membuat keputusan untuk bertemu di City Mall, Alhamdulillah selepas selesai solat  rakan kami yang sesat datang bersama seorang lagi sahabat kami yang datang ke Amman secara tidak langsung dia pon tertarik dengan pengembaraan kami. disebabkan kelewatan kami bertemu semula kami kami terpaksa berbuka di Amman di restoren .. menjadi pilihan kami.

secara tidak langsung hikmah dari ujian pertama itu,membuatkan kami bergerak hati untuk bersolat di Masjid negara, dikatakan alunan bacaan Imannya merdu. kemerduan bacaan Al-quran oleh iman masjid negara jordan memang tidak dinafikan apabila kami sendiri mendengar ketika solat isyak dan terawih.
bergambar di hadapan masjin negara Jordan 

kami memerlukan masa lebih kurang dua jam untuk pulang ke Mu'tah alhamdulillah ustaz Amirol yang memandu secara tidak langsung dapat menberi ruang kepada rakan kami yang akan memandu ke Aqabah nanti beristirehat kerana perjalan kesana memakan masa yang agak lama, apabila sampai ke Mu'tah kami bersegera menyiapkan barangan untuk ke Aqabah, jelajah kami yang pertama dan kami seramai lapan orang termasuk seorang rakan kami yang diajak dengan kekerasan.walaubagaimana pun segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah kami menyedari tidak seorang pun dari kami yang menbawa pemetik api! disebabkan itu kami terpaksa behenti di setiap stesyen minyak nutuk mendapatkan pemetik api maklumlah tidak ada kedai yang buka sepanjang pejalanan ke Aqabah kerana sudah pukul  1.30 pagi jadi terpaksalah kami bertanya di setiap stesyen minyak dengan harapan untuk membeli pemetik api dari penjaga stesyen tersebut kerana stesyen minyak di jordan tidak sama seperti di Malaysia menyediakan barangan asas.

Alhamdulillah berkat kesabaran kami apabila tiba di satu stesyen minyak yang ada orang sudi untuk menberi kami pemetik api  jika tidak tidak tahulah kami bagaimana kami nak memanggang ayam untuk bersahur, Masalah kedua kami pula ialah kami tidak akan sempat sampai awal untuk bersahur disana jadi kami terpaksa mencari kawasan yang sesuai untuk memanggang, Alhamdulilah apabila kami menemuai suatu tempat yang sesuai dan menpunyai air bersih malah berhampiran dengan Masjid memudahkan kami untuk solat subuh.
  Sedang Bersahur Ni!!
Apa yang menarik masjid masjid yang berhampiran dengan tempat kami memanggang ini adalah masjid yang unik dari seni binanya walaupun kecil masjid tersebut dibina mengunakan batu-batu sungai dan menpunyai taman di dalamnya, menurut orang kampung disitu masjid tersebut telah dibina dari zaman sahabat lagi dan seni binanya tidak diubah melainkan sedikit sahaja sehingga sekarang.
  Bergambar bersama Ahli Qariah Masjid

Perjalanan kami diteruskan lagi sehinggalah kami samapi ke pantai Aqabah pada pagi jumaat keadaan dan suasana yang segar di awal pagi, kami memilih kawasan pantai paling menarik untuk disinggahi.
keadaan ditepi pantai Aqabah

selepas selesai sahaja kami bersantai di sekitar pantai Aqabah kami bersiap untuk mencari barangan cendera mata di kawasan perniagaan di persisiran pantai Aqabah namun agak mengecewakan walaupun sudah hampir pukul 12.00 tengah hari masih banyak kedai yang masih belum beroperasi, musnah harapan bagi sahabat kami yang khirij pada semester ini untuk mencari cendera hati dibawa balik ke Malaysia, hanya Argele dibeli mereka dan beberapa jenis kacang.

Selepas selesai sahaja kami pun berangkat pulang ke Mu'tah untuk perjalanan yang lebih jauh lagi,semestinya perjalanan kami ke Aqabah ini tidak akan dilupankan.  kenangan bersahur di tepi jalan, mencari pemetik api untuk memnggang, mencari kawasan bersahur dan lain-lain kenangan lagi.

kembara  ini akan bersambung pada siri kedua.



Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Menjelma Lagi!! رمضان عالباب

Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelma lagi! tapi adakah kita dah bayar apa yang tertonggak di bulan Ramadan yang lepas!. Erm pasti ada diantara kita yang masih belum tunaikan lagi kewajipannya yang lepas, walau bagaimanapun hutang yang lepas mesti di selesaikan juga . ingat ia adalah taklifan yang ditanggung oleh kita sehingga la kita bertemu denganNya.

Setiap kali ramadhan menjelma pasti kita akan bersiap-sedia Oops bersiap-sedia kita tu bukannya untuk menjalani ibadah di  bulan Ramadhan tetapi untuk Beraya!! sungguh pelik belum belum masuk bulan Ramadhan persiapan raya yang disiapkan. Pelik bin ajaibnya, khususnya orang Melayu, meriah dengan menyambut hari kemenangan walaupun kalah di bulan ramadhan sebabnya tidak berpuasa penuh tetapi gembira bak orang yang penuh amalannya di bulan Ramadhan.

kita seolah-olah gembira dengan syawal itu sebulan lebih awal, sepatutnya kita lebih gembira apabila masih diberi nikmat untuk berada di bulan ramdhan untuk kali yang seterusnya kerana padanya penuh hikmat dan hikmah , sungguh panjang kalau nak dibicarakan. maka haruslah kita yang masih ada nafas ini untuk mengubah persepsi kita bahawa persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan adalah terlebih penting agar segala persoalan berkaitan fiqh di bulan puasa tidak timbul. pemasalahan sebegini tidak seharusnya belaku jika kita terlebih dahulu bersiap sedia menhadapi bulan Ramadhan.

E-book Keutamaan Bulan Ramadhan, hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan Ramadhan, Hikmah Bulan Ramadhan ini mungkin dapat menbantu, memahami sedikit permasalahan ketika dibulan Ramadhan nanti.


click di sini: E-Book Ramadhan

Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik pernah kita lalui..Ingat Ramadhan Ingat puasa bukan Ingat Raya!! Selamat menjalani ibadah puasa..

Thursday, July 14, 2011

Hati Yang Rosak kerana Pandangan Mata!!





Pandangan mata merupakan anugerah yang tidak ternilainya pada kepada kita umat manusia, melalui pandangan mata  kita dapat merasai kepuasan dan kegembiraan terhadap sesuatu perkara dan melalui padangan mata juga kita merasai ketenangan. Tanpa kita sedari Pandangan mata kita ini amat berkait rapat dengan hati iaitu dapat menerbitkan perasaan sayang, benci , bosan tetapi semua ini bukanlah  perkara yang hendak kita fokoskan tetapi berkaitan bagaimana padangan mata yang merosakan hati ?.

Sedarkah kita bahawa padangan mata kita sering  terdedah kepada kemaksiatan? Kerana pandangan merupakan panahan dari syaitan untuk merosakan hati  dan iman mukmin, Berkata Ibn Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman:
Pandangan mata itu adalah panah dari panahan Iblis. Barangsiapa menjauhinya kerana takut kepadaKu, nescaya Aku akan gantikannya dengan iman, yang bakal dirasakan kemanisannya di hatinya."    (Riwayat Thabarani dan Hakim)

Lihat bagaimana liciknya syaitan untuk merosakan anak-anak adam bersama-samanya ke Neraka melalui dosa pandangan mata kearah perkara yang ditegah oleh syara’ , sehinggakan hati manusia dipalit titik-titik hitam   Nabi Muhammad SAW bersabda:

 “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” ( HR Ibn Majah ).



Hanya kerana kita leka menjaga  pandangan mata, hati seorang muslim itu dipalit dengan titik hitam sehinggakan lahirnya sifat mazmumah dalam diri, hilang rasa takut kepada Allah, merasai manis berbuat dosa , mengikut hawa nafsu melalui bisikan syaitan, bahkan boleh menjadi lebih parah lagi. Seperti mana Nabi saw bersabda: 

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].

Maka jelaslah betapa pentingnya untuk kita memelihara pandangan mata kita dari perkara-perkara maksiat agar teperlihara hati dan iman kita daripada menjadi tapak syaitan untuk mengawal kita kearah kemunkaran,kerana pandangan itu hanya yang pertama tidak kali yang seterusnya dan tidak juga yang pertama jika ia bertujuan kemaksiatan. Diriwayatkan Nabi saw  bersabda kepada Saidina Ali k.w:

 “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

Ingatlah sepertimana yang diperkatakan tadi ,pandangan mata mengalir satu virus yang dapat mematikan hati kita dan apabila matinya hati buruklah akibatnya .menundukan padangan dari perkara yang diharamkan Allah swt  buakn hanya kerana kepada induvidu, bangsa atau kaum tetapi kepada apayang diharamkan Allah swt. Firman Allah SWT:

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka” ( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Kaedah memelihara padangan :

1.       Iktikad dalam diri bahawa dirinya sentiasa diawasi iaitu benar-benar yakin Allah swt maha melihat.
2.       Takut akan azab yang dijanjikan Allah swt kepada orang yang melakukan kemunkaran.
3.       Sedar bahawa nikmat dunia ini hanya sementara dan nikmat syurga itulah yang dicari.
4.       Menagtahui segala perkara mungkar itu adalah bisikan  syaitan
5.       Berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt.

  Sifat memelihara pandangan ini mempunyai banyak faedah dan kelebihan yang disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah di dalam kitabnya. Di antaranya ialah;

1. Membersihkan hati daripada keperitan kekesalan kesan daripada pandangan lantaran tidak mampu memiliki apa yang dipandangnya.
2. Mewariskan cahaya (nur) dan sinar cemerlang di hati, lalu terzahir pada mata, wajah dan anggotanya.
3. Mewarisi firasat yang benar hasil daripada hati yang bercahaya.
4. Membuka jalan-jalan ilmu dan pintu-pintunya, serta mudah mmperolehinya hasil nur di hati dengan mengetahui dan menyingkap hakikat sesuatu dengan cepat.
5. Mewariskan kekuatan jiwa, thabat dan berani.
6. Mewariskan hati kegembiraan, kelapangan jiwa lebih hebat daripada keindahan dan kegembiraan yang terhasil daripada pandangan. Kegembiraan ini adalah atas kejayaan memerangi hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.
7. Membebaskan hati daripada menjadi tawanan syahwat.
8. Menjadi benteng penghalang daripada pintu neraka jahannam.
9. Menguatkan akal, menambahkan dan menthabatkannya
10. Menyucikan hati daripada kemabukan syahwat dan kelalaian daripada mengingati Allah dan hari akhirat.

Seorang mukmin tidak akan memandang remeh pada dosakecil atau besar yang dilakukannya, malah menganggap dosa itu umpama gunung yang mahu menimpanya, tetapi seorang munafiq menganggap dosa kecil  itu umpama lalat yang hinggap di atas hidungnya yang perlu ditepis dengan mudah sedangkan kadangkala dosa yang kecillah yang akan memjunamkan manusia ke dalam api neraka, wal’iyazubillah.Mudah-mudahan Allah menggolongkan kita dalam golongan orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya..Semoga ada manfaatnya buat kita bersama, wallahu’alam.




Sunday, June 5, 2011

Bulan Rejab Dan Kisahnya..

Doa awal Bulan Rejab
Bulan Rejab adalah salah satu diantara bulan-bulan yang yang diharamkan berperang padanya kerna ia dianggap bulan haram yang dihormati ianya ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab, seperti mana firman Allah swt: 
 ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Namun ramai yang membicarakan  fathilat berpuasa dan shalat dibulan Rejab ini hanya dengan bersandarkan pada hadis-hadis bertatus lemah, dan palsu. malahan banyak artikel-artikel dan laman-laman web yang menyebarkan maklumat yang fdhilat ibadah yang tertentu dibulan Rejab bersandarkan pada Hadis yang lemah, tidak wajarlah  kita seorang muslim mengutamakan atau melakukan ibadah khusus pada bulan Rejab ini , diantara hadis yang sering menjadi sandaran dibulan Rejab adalah seperti :
“Ertinya : Barangsiapa shalat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian shalat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari adzab Qubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa.’”

Keterangan: HADITS MAUDHU’

Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal biografinya).” (Lihat al-Maudhu’at Ibnul Jauzy (II/123), al-Fawaa’idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh as-Syaukany (no. 144) dan Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at (II/89), oleh Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani (wafat th. 963 H).)

 hadis kedua  

“Ertinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab (ganjarannya) sama dengan berpuasa satu bulan.”

Keterangan: HADITS INI SANGAT LEMAH

Hadits ini diriwayatkan oleh al-Hafizh dari Abu Dzarr secara marfu’.Dalam sanad hadits ini ada perawi yang bernama al-Furaat bin as-Saa’ib, dia adalah seorang rawi yang matruk. (Lihat al-Fawaa-id al-Majmu’ah (no. 290)) Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.” Dan kata Imam al-Bukhari dalam Tarikhul Kabir: “Para Ahli Hadits meninggalkannya, kerana dia seorang rawi munkarul hadits, serta dia termasuk rawi yang matruk kata Imam ad-Daraquthni.” (Lihat adh-Dhu’afa wa Matrukin oleh Imam an-Nasa’i (no. 512), al-Jarh wat Ta’dil (VII/80), Mizaanul I’tidal (III/341) dan Lisaanul Mizaan (IV/430).

Hadis ketiga 
Ertinya : Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku�

Keterangan: HADITS INI MAUDHU’ 

Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu’ (Lihat Maudhu’atush Shaghani (I/61, no. 129)) Hadits tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadits itu ada lafazh:

Ertinya : Janganlah kalian lalai daripada (beribadah) pada malam Jumaat pertama dibulan Rajab, kerana malam itu Malaikat menamakannya Raghaaib…�

Keterangan: HADITS INI MAUDHU’

Kata Ibnul Qayyim (wafat th. 751 H): Hadits ini diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Mandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad bin Said al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin Abdullah as-Shanany, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu�. (Al-Manaarul Muniif fish Shahih wadh Dha’if (no. 168-169)) Kata Ibnul Jauzi (wafat th. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduh memalsukannya adalah Ibnu Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telah mendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh berkata: “Rawi-rawi hadits tersebut adalah rawi-rawi yang majhul (tidak dikenal), aku sudah periksa semua kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidup mereka.” (Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy) Imam adz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul Hasan Syaikhush Shuufiyyah pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukan hadits.”Kata para ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalat ar-Raghaa’ib.” (Periksa: Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879).

hadis keempat

“Ertinya : Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rajab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rajab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”

Keterangan: HADITS INI BATHIL

Hadits ini diriwayatkan oleh ad-Dailamy (I/2/281) dan al-Ashbahany di dalam kitab at-Targhib (I-II/224) dari jalan Mansyur bin Yazid al-Asadiy telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Imran, ia berkata: “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, …” Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rajab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)) Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany berkata: “Musa bin ‘Imraan adalah majhul dan aku tidak mengenalnya.” (Lihat Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 1898))

Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis yang menbicarakan berkenaan fadhilat dan kelebihan ibadah di bulan Rejab ini berstatus lemah juga meragukan, oleh demikian seharusnya kita terlebih dahulu meneliti keshohihan sesuatu hadis sebelum kita mengamalkannya agar amal ibadah kita diterima dan jangan kita mengebarkan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti akan keshohihannya kepada orang ramai kelak ia akan merugikan kita jua. sewajarnya umat Islam hari ini berkeupayaan dalam menyaring ledakan maklumat yang datang melalui pelbagai alat telekumunikasi. Ayuh kita jadi muslim yang cakna.

Sumber dipetik dari

kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M
syededlee.
http://www.islamiq.sq




Thursday, June 2, 2011

Antara tuntutan dan tekanan


 Antara tuntutan dan tekanan adalah dilema yang sering berlaku kepada setiap pelajar, tetapi apa kaitannya dengan pelajar? . kaitannya ialah tuntutan dalam tempoh penbelajaran ( pusat pengajian tinggi) adalah  untuk menpelajari dan mendalami segala ilmu-ilmu yang ada sama ada berkaitan dengan pengkhususan ataupon tidak . Mendalami dalam ilmu pengatahuan itu adalah sehingga ia membuatkan seseorangmenjadi begitu arif dengan apa yang didalaminya serta manpu menbentang ilmu itu secara kritis, jelas, serta meyakinkan bukan setakat itu sahaja bahkan mengatahui hakikat utama dalam mendalami ilmu itu adalah menjadikan seseorang itu bertambah ketaqwaannya di sisi yang Maha Esa kerna ilmunya membuatkan ia lebih mengenali tuhan pentadbir Alam ini yang tiada sekutu bagiNya, induvidu seperti inilah yang dikatakan induvidu yang mendalami ilmu dimana ilmu yang dipelajari itu terlebih dahulu memberi manfaat kepada dirinya seterusnya kepada orang-orang disekitarnya, inilah tuntutan ketika kita pelajari namun hakikatnya adalah lebih meluas lagi namun cukup sekadar kita ketahui matlamat yang ada dalam tuntutan mendalami ilmu itu membuatkan  kita lebih mengenali yang Maha Esa sehingga merasa manisnya iman itu seterusnya ilmu yang dimiliki itu dimanfaatkan kepada masyarakat dengan diajarkannya. jika penguasaan ilmu itu lemah atau sekadar hebat mengarang ketika peperiksaan maka tidak mencapailah motif dalam tuntutan menuntut ilmu. Kerna ia sesolah-olah seperti melepaskan batok di tangga, dalam makna kata lain menbuat sesuatu perkara dengan tidak bersungguh-sungguh, maka amat rugilah orng sepeti ini. kerana dikala ia punyai peluang tidak ia manfaatkannya.

Sunday, May 8, 2011

E-Book Adab PerGaulan MeNurut Al-Quran dan Sunnah

Suatu yang menarik perhatian dan indah bagi setiap muslim dan muslimat ialah melaksanakan suruhan Islam, mengamal kan adab peraturan serta sopan santun yang baik dan menarik dalam tatasusila Islam. Semua itu merupakan seni yang menambah seri setiap insan yang berakhlak mulia. Namun demikian akhlak mulia tidak akan wujud kecuali pada jiwa yang mulia, hati yang suci serta berasaskan iman dan taqwa yang dipadankan dengan kesabaran ketika berdepan dengan cabaran yang sering mematahkan iman dan menghancurkan akhlak. Alangkah baik scandainya setiap muslim dan muslimat dapat mengamalkannya dengan adab dan sopan. Oleh itu bersopanlah kita dalam pergaulan harian menurut al Quran dan al Sunnah.
LinK ..di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...