rehlah

rehlah

ucapan

Monday, October 7, 2013

RUKSAH YANG TIDAK DIKETAHUI




Tidak diciptakan seluruh alam semesta ( haiwan, pepohonan, daratan, lautan, malaikat, serta manusia seluruhnya) ini adalah untuk tunduk dan patuh atas segala perintah dan larangan-Nya[[1]] dan kita yang bergelar mahluk (manusia), kemudiannya dikurniakan kelebihan di muka bumi ini sebagai khalifah dalam mengtadbir urus[[2]]. Oleh itu, pelbagai lagi tuntutan terhadap kita yang serba lemah  ini yang perlu kita laksanakan iaitu tuntutan sebagai seorang mukmin. Maka sebagai  seorang mukmin, kita dituntut untuk menjadi mukmin yang sempurna dari aspek rohani mahupun jasmani. Begitulah hebatnya agama Allah SWT ini yang mengcakupi segala aspek kehidupan hari ini dan sentiasa murunnah sepanjang zaman  yang pada-Nya juga tiada ada cacat cela.
Alangkah beruntungnya kita kerana dipilih oleh yang Maha Esa menjadi seorang mukmin. Maka antara tuntutan sebagai seorang mukmin ialah melakukan ibadah kepadanya sama ada khusus mahupun umun. Antara tuntutan ibadah khusus  ialah  solat, haji dan sebagainya. Namun  ibadah soalat ini  menjadi kefarduan keatas setiap mukallaf untuk dilaksanakan setiap hari sepangjang hayat.yang kemudiannya umat manusia harini bukan sahaja terikat dengan tuntutan melaksanakan ibadah  kepadanya  malahan terdapat kekangan pada umat islam hari ini dalam melaksanakan ibadat solat kerna ibadat solat itu perlu dilaksanakan pada waktunya yang telah di tetapkan.
Di era ini, umat islam telah menceburi pelbagai bidang sama ada peringkat bawahan mahupun atasan. Maka terdapat beberapa pekerjaan yang begitu menuntut seseorang itu memberi kerjasama yang tinggi sehinggakan melangkaui waktu-waktu solat yang menjadi tuntutan  atas setiap umat islam. Terutamanya dalam  bidang kedoktoran, kejururawatan  polis trafik dan pekerjaan lain yang melibatkan tugasannya pada waktu solat.
Maka timbullah persoalan bagaimanakah seorang doktor dapat menunaikan ibadah solat jika dia sedang melakukan pembedahan ?? Bagaimana pula seorang jururawat yang terpaksa merawat begitu ramai pesakit ketika itu dan bagaimana pula polis trafik yang bertugas mengawal lalu –lintas ketika kesesakan jalan raya berlaku?. Sepertimana yang telah kita ketahui bahawa Agama islam ini adalah sangat sempurna dan sentiasa murunnah sepanjang zaman. Jadi apakah dibolehkan kita meninggalkan solat pada waktu tersebut? Atau bagaimana?. Namun solat bukanlah perkara yang boleh diremeh-temehkan kerana kesempurnaan ibadah solat ini menjadi lambang kesempurnaan amalannya yang lain.
Bagi menyelesaikan persoalan diatas bolehlah kita melihat hikmat solat itu dan bagaimana kesyumulan yang terdapat dalam islam.
Solat merupakan ibadat yang disyariatkan oleh Allah SWT semenjak zaman  nabi  ismail a.s  lagi
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِ مَرْضِيّاً
(Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!)
Agama nabi Ibrahim dan  pengikut nabi  Musa  juga telah mengenali ibadat  solat ini
وَجَعَلَنِي مُبَارَكاً أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيّاً
(Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.)
Yang kemudiannya perintah solat ini diturunkan kepada umat nabi Muhammad SAW ketika peristiwa isra’ mikraj yang kita sedia maklum.
Solat ini mempunyai banyak hikmat dan  rahsianya. Secara ringkasnya, dengan solat ini, ia dapat mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar  iaitu hamba kepada Allah SWT. Dengan solat ini juga, manusia sentiasa ingat akan kedudukannya dan menggunakan sebahagian darinya untuk bertaubat kepada yang Maha Esa. Dengan solat juga, dapat mengcegah dari perkara keji dan mungkar[[3]].
Jadi bagaimana solat ini dapat dilaksanakan  kepada umat islam yang kadangkala kerja terlalu sibuk seperti yang dinyatakan sebelum  ini?. Seperti mana yang kita tahu, jika seseorang itu dalam keadaan bermusafir maka dikurniakan padanya ruksah iaitu kesenangan atau kelonggaran dengan memjamakkan solatnya. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang ada kesukaran tetapi tidak dalam keadaan bermusafir?.
Tidak ramai yang tahu bahawa Rasullah SAW pernah melakukan solat jamak ketika tidak dalam keadaan bermusafir mahupun ketakutan dari musuh. Namun kita perlu mengenal pasti asbab musababnya sebelum kita kaitkan dengan  permasalah ini.


       جمع رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بين الظهرِ والعصرِ ، والمغربِ والعشاءِ بالمدينةِ من غيرِ خوفٍ ولا مطرٍ ، فقيل له : ما أراد بذلك ؟ قال : أراد ألا يُحرِجَ أُمَّتَه
“Rasullah pernah melakukan solat zohor dengan asar secara jamak, magrib dengan isya secara jamak bukan kerana disebabkan wujud ketakutan, bermusafir serta hujan. Apabila baginda ditanya oleh sahabat, baginda menjawab “tidak mahu umat baginda berada di dalam kesempitan atau kesusahan”
hadis ini menunjukkan bahawa kelonggaran  bagi seorang mukmin yang berada di dalam keadaan kesukaran  yang mana bukan atas kehendakanya maka sesorang itu dibolehkan untuk menjamakkan solatnya walau ketika itu bukan atas dasar bermusafir tetapi kesukaran yang darurat.
Apabila kita melihat skop kerja sebagai doktor yang melakukan pembedahan dan jururawat yang merawat pesakit dalam keadaan darurat yang mana keadaan di situ menuntut untuk memelihara nyawa bergitu juga dengan polis trafik dan sebagainya, maka skop kerja mereka ini adakalanya berada di dalam  keadaan darurat. Maka wajarlah bagi mereka ini melakukan  seperti mana yang dilakukan oleh Rasullah SAW. Ini juga sangat bertepatan dengan nas-nas al-quran begitu juga maqasid syariah itu sendiri.
Firman Allah swt surat Al-Baqarah ayat 185
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
يسر ولا تعسر وبشر ولا تنفر
"Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (membuatkan orang lari daripadamu)." (HR Bukhari & Muslim).
Begitu juga kaedah fiqh
دَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah 

(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)
         ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها
Maksudnya: Apa yang dibolehkan kerana darurah maka diukur menurut kadar kemudaratannya
      ما اجاز لعذر بطل لزواله
Maksudnya: Apa yang diizinkan kerana adanya uzur, maka keizinan itu hilang manakala uzurnya hilang.
Matlamat  ataupun  maqasid syariah itu sendiri memelihara agama dan nyawa manusia itu sendiri yang asalnya  tuntutan menjaga agama itu mengatasi memjaga nyawa tetapi apabila keadaan yang membolehkan  pelaksanaan ibadat itu diberikan ruksah maka menjaga nyama itu memjadi keutamaan. 
Imam  muslim dalam syarah muslim dan beberapa imam yang lain membolehkan solak jamak pada keadaan tidak bermusafir tetapi atas dasar perkara  yang penting(darurat) dan ia bukanlah menjadi perkara kebiasaan. Ibnu Sirin dan sebahagian mazhab Imam Malik begitu juga qaul dari mazhab syafie.
Setelah kita meneliti keadaan dan kepentingan pada ketika tugasan yang dilakukan oleh mereka ini sangatlah menepati keadaan ilahnya atau asbabnya untuk mereka mengambil ruksah dalam ibadah solat mereka ketika mana keaadaan yang begitu menyukarkan mereka untuk melakukan solat seperti mukallaf yang biasa. Mereka ini dituntut untuk tidak mengambil kesenangan yang diberikan sebagai satu kesempatan untuk diri mereka dari melakukan ibadah secara sempurna. Manakala ruksah pada mereka ini hanyalah untuk dijamakkan(dihimpunkan) sahaja bukan diqasarkan(dipendekan) bersama.
Mereka ini dapat menjamakkan ibadat solat mereka ini sama ada taqdim ataupun takhir. Tetapi ia bergantung pada kesempatan mereka jika mereka sempat untuk melakukan ibadat di waktu awal maka perlulah mereka mangtaqdimkan jamak, Adapun jika belum berksempatan ketika masuknya waktu sehingga telah masuknya waktu solat seterusnya maka ditakhirkan solatnya ketika itu.
Sungguh sempurna agama islam ini kerana begitu mudah dipraktikkan dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun haruslah ingat kemudahan ini hanya pada ketika keperluan darurat dan amat ditegah dari ia menjadi kebiasaan.
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
"Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kalian, serta mohonlah pertolongan (di dalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kalian pada waktu kalian bersemangat dan giat".



[1] Surah Ali-imran 3:ayat 83
[2] Surah Al-Baqarah 2:ayat 30
[3] Surah Al-Ankabut 29:ayat45
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...