Tidak diciptakan seluruh
alam semesta ( haiwan, pepohonan, daratan, lautan, malaikat, serta manusia
seluruhnya) ini adalah untuk tunduk dan patuh atas segala perintah dan
larangan-Nya[[1]]
dan kita yang bergelar mahluk (manusia), kemudiannya dikurniakan kelebihan di
muka bumi ini sebagai khalifah dalam mengtadbir urus[[2]]. Oleh
itu, pelbagai lagi tuntutan terhadap kita yang serba lemah ini yang perlu kita laksanakan iaitu tuntutan
sebagai seorang mukmin. Maka sebagai seorang
mukmin, kita dituntut untuk menjadi mukmin yang sempurna dari aspek rohani
mahupun jasmani. Begitulah hebatnya agama Allah SWT ini yang mengcakupi segala
aspek kehidupan hari ini dan sentiasa murunnah sepanjang zaman yang pada-Nya juga tiada ada cacat cela.
Alangkah beruntungnya kita kerana
dipilih oleh yang Maha Esa menjadi seorang mukmin. Maka antara tuntutan sebagai
seorang mukmin ialah melakukan ibadah kepadanya sama ada khusus mahupun umun. Antara
tuntutan ibadah khusus ialah solat, haji dan sebagainya. Namun ibadah soalat ini menjadi kefarduan keatas setiap mukallaf
untuk dilaksanakan setiap hari sepangjang hayat.yang kemudiannya umat manusia
harini bukan sahaja terikat dengan tuntutan melaksanakan ibadah kepadanya
malahan terdapat kekangan pada umat islam hari ini dalam melaksanakan
ibadat solat kerna ibadat solat itu perlu dilaksanakan pada waktunya yang telah
di tetapkan.
Di era ini, umat islam telah menceburi
pelbagai bidang sama ada peringkat bawahan mahupun atasan. Maka terdapat
beberapa pekerjaan yang begitu menuntut seseorang itu memberi kerjasama yang
tinggi sehinggakan melangkaui waktu-waktu solat yang menjadi tuntutan atas setiap umat islam. Terutamanya
dalam bidang kedoktoran, kejururawatan polis trafik dan pekerjaan lain yang
melibatkan tugasannya pada waktu solat.
Maka timbullah persoalan bagaimanakah
seorang doktor dapat menunaikan ibadah solat jika dia sedang melakukan
pembedahan ?? Bagaimana pula seorang jururawat yang terpaksa merawat begitu
ramai pesakit ketika itu dan bagaimana pula polis trafik yang bertugas mengawal
lalu –lintas ketika kesesakan jalan raya berlaku?. Sepertimana yang telah kita
ketahui bahawa Agama islam ini adalah sangat sempurna dan sentiasa murunnah
sepanjang zaman. Jadi apakah dibolehkan kita meninggalkan solat pada waktu
tersebut? Atau bagaimana?. Namun solat bukanlah perkara yang boleh diremeh-temehkan
kerana kesempurnaan ibadah solat ini menjadi lambang kesempurnaan amalannya
yang lain.
Bagi menyelesaikan persoalan diatas
bolehlah kita melihat hikmat solat itu dan bagaimana kesyumulan yang terdapat
dalam islam.
Solat merupakan ibadat yang
disyariatkan oleh Allah SWT semenjak zaman
nabi ismail a.s lagi
وَكَانَ يَأْمُرُ
أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِ مَرْضِيّاً
(Dan adalah ia menyuruh keluarganya
mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang
diredhai di sisi Tuhannya!)
Agama nabi Ibrahim dan pengikut nabi
Musa juga telah mengenali
ibadat solat ini
وَجَعَلَنِي
مُبَارَكاً أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ
حَيّاً
(Dan Ia
menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan
diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.)
Yang kemudiannya perintah solat ini
diturunkan kepada umat nabi Muhammad SAW ketika peristiwa isra’ mikraj yang
kita sedia maklum.
Solat ini mempunyai banyak hikmat
dan rahsianya. Secara ringkasnya, dengan
solat ini, ia dapat mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Dengan solat
ini juga, manusia sentiasa ingat akan kedudukannya dan menggunakan sebahagian
darinya untuk bertaubat kepada yang Maha Esa. Dengan solat juga, dapat
mengcegah dari perkara keji dan mungkar[[3]].
Jadi bagaimana solat ini dapat
dilaksanakan kepada umat islam yang
kadangkala kerja terlalu sibuk seperti yang dinyatakan sebelum ini?. Seperti mana yang kita tahu, jika
seseorang itu dalam keadaan bermusafir maka dikurniakan padanya ruksah iaitu kesenangan
atau kelonggaran dengan memjamakkan solatnya. Tetapi bagaimana pula bagi mereka
yang ada kesukaran tetapi tidak dalam keadaan bermusafir?.
Tidak ramai yang tahu bahawa Rasullah
SAW pernah melakukan solat jamak ketika tidak dalam keadaan bermusafir mahupun
ketakutan dari musuh. Namun kita perlu mengenal pasti asbab musababnya sebelum kita
kaitkan dengan permasalah ini.
جمع رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ
عليه وسلَّمَ بين الظهرِ والعصرِ ، والمغربِ والعشاءِ بالمدينةِ من غيرِ خوفٍ ولا
مطرٍ ، فقيل له : ما أراد بذلك ؟ قال : أراد ألا يُحرِجَ أُمَّتَه
“Rasullah
pernah melakukan solat zohor dengan asar secara jamak, magrib dengan isya
secara jamak bukan kerana disebabkan wujud ketakutan, bermusafir serta hujan. Apabila
baginda ditanya oleh sahabat, baginda menjawab “tidak mahu umat baginda berada
di dalam kesempitan atau kesusahan”
hadis ini menunjukkan bahawa
kelonggaran bagi seorang mukmin yang
berada di dalam keadaan kesukaran yang
mana bukan atas kehendakanya maka sesorang itu dibolehkan untuk menjamakkan
solatnya walau ketika itu bukan atas dasar bermusafir tetapi kesukaran yang
darurat.
Apabila kita melihat skop kerja sebagai
doktor yang melakukan pembedahan dan jururawat yang merawat pesakit dalam
keadaan darurat yang mana keadaan di situ menuntut untuk memelihara nyawa
bergitu juga dengan polis trafik dan sebagainya, maka skop kerja mereka ini
adakalanya berada di dalam keadaan
darurat. Maka wajarlah bagi mereka ini melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Rasullah
SAW. Ini juga sangat bertepatan dengan nas-nas al-quran begitu juga maqasid
syariah itu sendiri.
Firman Allah swt surat Al-Baqarah ayat
185
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا
يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
يسر ولا تعسر وبشر ولا تنفر
"Senangkanlah (permudahkanlah) dan
jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk
(membuatkan orang lari daripadamu)." (HR Bukhari & Muslim).
Begitu juga kaedah fiqh
دَرْءُ الْمَفَاسِدِ
مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Menolak kebinasaan
didahulukan daripada menarik maslahah
(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)
ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها
Maksudnya: Apa
yang dibolehkan kerana darurah maka diukur menurut kadar kemudaratannya
ما اجاز لعذر بطل لزواله
Maksudnya: Apa
yang diizinkan kerana adanya uzur, maka keizinan itu hilang manakala uzurnya
hilang.
Matlamat ataupun
maqasid syariah itu sendiri memelihara agama dan nyawa manusia itu
sendiri yang asalnya tuntutan menjaga
agama itu mengatasi memjaga nyawa tetapi apabila keadaan yang membolehkan pelaksanaan ibadat itu diberikan ruksah maka
menjaga nyama itu memjadi keutamaan.
Imam muslim dalam syarah muslim dan beberapa imam
yang lain membolehkan solak jamak pada keadaan tidak bermusafir tetapi atas
dasar perkara yang penting(darurat) dan
ia bukanlah menjadi perkara kebiasaan. Ibnu Sirin dan sebahagian mazhab Imam Malik
begitu juga qaul dari mazhab syafie.
Setelah kita
meneliti keadaan dan kepentingan pada ketika tugasan yang dilakukan oleh mereka
ini sangatlah menepati keadaan ilahnya atau asbabnya untuk mereka mengambil
ruksah dalam ibadah solat mereka ketika mana keaadaan yang begitu menyukarkan
mereka untuk melakukan solat seperti mukallaf yang biasa. Mereka ini dituntut
untuk tidak mengambil kesenangan yang diberikan sebagai satu kesempatan untuk
diri mereka dari melakukan ibadah secara sempurna. Manakala ruksah pada mereka
ini hanyalah untuk dijamakkan(dihimpunkan) sahaja bukan diqasarkan(dipendekan)
bersama.
Mereka ini
dapat menjamakkan ibadat solat mereka ini sama ada taqdim ataupun takhir.
Tetapi ia bergantung pada kesempatan mereka jika mereka sempat untuk melakukan
ibadat di waktu awal maka perlulah mereka mangtaqdimkan jamak, Adapun jika belum
berksempatan ketika masuknya waktu sehingga telah masuknya waktu solat seterusnya
maka ditakhirkan solatnya ketika itu.
Sungguh
sempurna agama islam ini kerana begitu mudah dipraktikkan dalam apa jua keadaan
sekalipun. Namun haruslah ingat kemudahan ini hanya pada ketika keperluan darurat
dan amat ditegah dari ia menjadi kebiasaan.
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ
الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ،
وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
"Sesungguhnya
agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan
akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak
melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kalian, serta mohonlah
pertolongan (di dalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kalian pada waktu
kalian bersemangat dan giat".