rehlah

rehlah

ucapan

Sunday, August 19, 2012

 الأمثال
Perumpamaan
perumpamaan bangsa arab yang hampir sama digunakan oleh orang melayu
الغائب ليس له نصيب
Orang yang lambat tiada bahagian
الكذب ليس له أرجل
Menipu tiada kaki
*Amalan menipu tidak sampai ke mana kelak akan terbongkar juga
لا يوجد دخان بدون النار
Tidak ada asap tanpa api
*sesuatu yang pasti ada sebab musababnya..Bab kata tiada angin masakan pokok bergoyang
لا يوجد حلاوة بدون حزن
Tiada kemanisan tanpa kesusahan
*setiap kesusahan ,kesenangan,kemewahan itu mesti dilalui dengan kepayahan..(kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya).
قليل الحظ يجد العظم في الكبده
Orang yang bernasib buruk akan menjumpai tulang dalam hati
*hati tidak bertulang ini perumpamaan kepada orang yang begitu tidak bernasib baik
مرة تصيب ومرة لا تصيب
Sekali kena sekali tidak mengena
*manusia tidak akan untung dan tidak akan rugi selamanya
مال البخيل للمسرف
Harta orang yang kedekut untuk belanja
*kedekut bagaimana pon hartanya tetap akan dibelanjakan
كل تأخير فيها خبرة
Setiap yang lambat ada hikmahnya
لو كان فيه الخير لما القاه الطير
Sekiranya ada kebaikan tidak akan dibuang kepada burung
*manusia tidak akan membuang sesuatu yang masih ada manfaatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...