rehlah

rehlah

ucapan

Thursday, June 7, 2012

ReDha Pada Qada' dan Qadar



Nukilan Iman Syafi'e :

Biarkan hari-hari berlalu, Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qada'
Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah, kerana di dunia ini tiada derita yang abadi

Jadikan dirimu sebagai orang yang paling banyak dosa terhadap sesama manusia
Hapuskan dosa tersebut dengan sentiasa menberikan setitis kebahgiaan kepada hati mereka 
Dengan bermurah hati sahaja dapat menebus kesalahan

Jangan sesekali menganggap remeh terhadap musuh-musuhmu
kerana ia dapat menbuat dirimu lalai
kelalaian terhadap musuh merupakan malapetaka yang besar

Jangan mengharap kemurahan dari orang yang lokek
kerana embun tidak pernah menitis pada waktu siang

Rezeki itu ibarat bayang-bayang, apabila dikejar ia menjauh
Apabila ia dibiarkan ia akan diam

tidak ada kebahgiaan dan penderiataan yang abadi,seperti kekayaan dan kemiskinan
jika engkau memiliki perasaan puas,maka tiada beza antara kau dan pemilik kekayaan yang melimpah

sesiapa yang didatangi kematian, nescaya langit dan bumi tidak dapat mencegahnya
Bumi Allah swt ini luas tetapi apabila ditakdirkan pahit menimpamu, sempitlah rasa bumi ini
Tinggalkanlah hari-hari yang berkhianat pada setiap saat,kerana tiada ubat yang dapat menghalang kematian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...