rehlah

rehlah

ucapan

Friday, February 10, 2012

***Bertaubat!!***




Mengapa kita perlu berbicara mengenai taubat?, kerana kita adalah manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan walau sebesar zarah sekalipon.

Perlukah kita bertaubat dikala usia kita masih muda? bertaubat adalah perkara yang perlu kita segerakan dalam kehidupan kita kerana waktu kematian adalah satu rahsia yang menyelubungi kita, maka amat perlulah kita bersegera bertaubat.

Diampukankah dosa-dosa aku ini? sesungguhnya Allah swt itu maha pengampun bagi segala dosa-dosa dan jua segala kemaksiatan yang kita lakukan kecuali kekufuran kepadanNya.

Sudah bertaubat tapi masih mengulangi perbuatan yang sama berulang-ulang kali? Jangan pernah ada rasa putus asa daripada menjadi insan yang mendapat kasih sayang dan cinta dari Ilahi, hanya kerana orang-orang kafir sahaja berputus asa daripada mengharap keredhaan Ilahi..

jika bertaubat adakah selesai masalah-masalah aku ini? segala masalah yang datang kepada kita adalah atas keinzinan daripadaNya, ramai yang berada di luar sana apabila ditimpa masalah mereka akan memohon pertolongan namun mereka tidak cuba memuhasabah diri mengapa ini semua terjadi, dan jika melakukan demikian dengan memuhasabah diri dan kemudiannya bertaubat kepadaNya nescaya ia lebih baik dari kita memohon pertolongan dalam keadaan masih belum bertaubat dari dosa-dosa lalu..

Hanya sekadar melihat sahabat atau saudara mara kita berubah? sesungguhnya hidayah Allah itu Amat mahal sehinggakan kita tidak dapat rasakan kemanisan yang dirasai orang yang berubah dalam kehidupannya untuk mencari keredhaan ilahi.

Takut dicerca atau kehilangan kawan jika kita bertaubat dan melakukan perubahan dalam hidup? memang meruntunkan jiwa jika kita dicerca dan dihina tapi pernah kita sedar selama manakah manusia akan menghina jika pekara yang dilakukan adalah kebaikkan sedangkan yang memuji lebih ramai, berbanding kejahatan yang kita lakukan kejian dan hinaan tidak putus hinggakan disebut-sebut tak kala kita sudah tiada. kehilangan adalah pekara yang bukan mudah namun kita perlu sedar kawan bergembira begitu ramai tapi kawan yang ingin bergembira bersamanya di dunia dan akhir adalah sukar dicari makan sahabat seperti itulah yang patut kita rasa binbang jika kehilangannya.

Rasa tidak manpu untuk melakukan perubahan? setiap manusia menpunyai keupayaan untuk melakukan perubahan mengapa? kerana kita manpu berusaha untuk mendapatkan sesuatu untuk diri kita seperti wang ringgit, harta benda dan lain-lain lagi tapi mengpa kita rasa tidak manpu untuk  bertaubat dan mengubah cara kehidupan yang dikhirnya kita perolehi banyak kebaikan..

Orang yang baik ni skema la? siapa kata orang baik ini skema atau menbosankan hanya orang yang merasakan maksiat itu manis dan ketaqwaan itu pahit akan berkata begitu..

kenapa kita susah sangat nak bertaubat? susahnya kita hendak bertaubat berpunca dari desakan musuh kita ( syaitan) syaitan tidak pernah senang melihat kita menjadi seorang hamba Allah sehinggalah kita termasuk dikalangan mereka iaitu ke dalam neraka, jika ia tidak dapat menjadikan kita benar-benar ahli neraka (orang kafir) cukup menjadikan kita sebagai golongan yang diazab di neraka. lantaran itu syaitan akan menipu daya kita sehinggakan kita teperangkap dengan bisikannya, antara tipuan syaitan adalah seperti berikut:

1.Tazyin : iaitu syaitan akan mengelirukan kita sehinggakan kita merasakan perbuatan maksiat itu bukannya maksiat dan kita merasa senang dengan maksiat yang kita lakukan itu dan kemudiannya syaitan menampakan kepayan untuk bertaubat pada kita.


2. talbis : iaitu syaitan menampakan apa yang haram itu halal, perbuatan munkar seolah-olah makruf, kebatilan itu menjadi hak sehinggakan manusia tidat dapat lari dari tipuan ini..

3. Taswif : syaitan menghasut diri supaya menangguh atau melewat-lewatkan taubat pada Allah swt. 

4. Meremehkan perbuatan yang berdosa : syaitan menampakan dosa-dosa kecil ini adalah pekara yang remeh sehinggakan pelakunya merasakan tidak bersalah melakukannya, syaitan juga melontarkan rasa kurang berdosa pada manusia sehingga manusia melewat-lewatkan taubat.

5. Berputus Asa : syaitan akan membuatkan manusia berputus asa dari mengharapkan pengampunan Allah swt, setelah sering kali tewas pada hasutan syaitan.

6. Menghilangkan keyakinan pada diri : syaitan akan menghasut anak Adam untuk kembali melakukan dosa dengan meniupkan keraguaan pada anak Adam dalam beristiqamah memelihara diri dari melakukan maksiat.


halusnya dan kretifnya hasutan syaitan pada Anak-anak Adam supaya menjadi sahabatnya di Neraka kelak jadi wajiblah kita berwaspada pada bisikannya dan bersegeralah kita dalam memohon keampunan kepada Allah swt walau berjuta kali sekalipon.


janganlahkita berputus asa daripada mengharapkan pengampunan Allah swt, hanya orang-orang kafir sahaja berputus asa dengan rahmat Allah swt.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...