rehlah

rehlah

ucapan

Friday, November 4, 2011

Pati Ilmu Tasauf

 Tahukah kita ilmu tasauf itu menpunyai dua unsur:


Pertama : Istiqamah iaitu tetap pendirian.


Kedua : Baik kelakuan dengan mahluk.


Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya serta ia bergaul dengan lemah lembut, maka orang itu seorang sufi.


Istiqamah bermakna ia mengorbankan segala kehendak nafsu untuk mendapatkan keindahan peribadinya.


Manakala baik kelakuan pula ialah engkau tidak memaksa manusia yang untuk memperturutkan kehendak dirimu bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu untuk menurut atau melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara-perkara yang menyalahi syara'.


petikan ini diambil dari kitab Ayyuhal walad karangan iman Ghazali.




Tahukah kamu tanda orang yang bijak adalah orang yang ingin belajar segala ilmu yang ada pada guru yang mursyid dan kemudiannya disampaikan kepada yang lain.

Thursday, November 3, 2011

Tiga Hakikat Satu Makna

Iman Al Ghazali merupakan ulama' yang tidak asing lagi bagi kita sehinggakan ia digelar sebagai Al Iman Hujjatul  Islam bukan itu saja beliau begitu banyak memberi sumbangan dalam bidang keilmuan islam ketika itu.

Pada ketika hayat Iman al-Ghazali, Iman ghazali menpunyai begitu ramai pengikut dan anak-anak murid yang datang belajar dengannya dan Iman al Ghazali begitu menyayangi mereka dan begitu juga anak-anak muridnya perkara ini dapatlah dibuktikan melalui jawapan kepada surat yang diutus oleh anak muridnya yang sangat menyayanginya, di mana di dalam surat itu  murid beliau meminta agar diberikan kepadanya satu wasiat yang ditujukan khas buatnya, lalu iman Ghazali dengan murah hati menjawab serta menberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya. antara sebahagian nasihat Iman ghazali kepada anak muridnya ialah berkaitan hakikat ubudiah, hakikat riak, hakikat ikhlas dan makna tawakal.

Hakikat Ubudiah

kata Iman Ghazali ubudiah itu mengadungi tiga perkara: 

  1. menjaga hukum hakam syariat .
  2. Redha dengan qada' dan qadar dan pembahagian Allah swt.
  3. bahawa engkau mencari keredhaan Allah swt walaupun engkau terpaksa meninggalkan keredhaan dirimu sendiri.   
Hakikat Ikhlas 

kata iman ghazali, ikhlas itu apabila engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah swt dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.

Hakikat Riak

Riak itu sebenarnya lahir dari rasa membesarkan mahluk, dan cara menghilangkannya ialah bahawa engkau melihat mahluk itu adalah diarahkan oleh takdir Allah swt dan engkau merasakan mereka itu adalah tidak ubahnya seperti benda yang beku tidak menpunyai kemampuan untuk menyampaikan kerehatan atau kemudaratan. maka dengan itu selamatlah daripada mengambil kira pandangan mereka. tetapi jika engkau merasakan mereka dapat memberikan yang sedemikian maka sifat riak itu tidak akan hilang dari diri .

Makna Tawakal

Iman ghazali menjawab, tawakal itu bahawa engkau memantapkan i'tiqadmu dengan janji-janji Allah swt iaitu engkau beri'tiqad bahawasanya segala apa yang ditakdir bagimu itu pasti sampai kepadamu, tidak boleh dan manpu seluruh mahluk yang ada di alam ini untuk menghalangnya daripadamu dan sebaliknya apa-apa yang ditakdirkan bukan untukmu sudah pasti ia tidak akan sampai kepadamu dlam apa jua cara sekali pun.

inilah antara nasihat iman al-Ghazali kepada muridnya. dalam qalam ini dipetik daripada buku AYYUHAL WALAD terbitan pustaka Salam.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...