rehlah

rehlah

ucapan

Friday, October 29, 2010

Kaedah menghadapi Peperiksaan

Bila menjelang sahaja peperiksaan ramai orang akan panik gelabah dan banyak lagi, tapi semua itu tidak menjadi satu masalah bagi orang yang dah benar-benar bersedia dari aspek rohani mahupun jasmani malah orang yang bersedia dalam peperiksaan menjadi lebih bersemangat apabila waktu ujian bermula. tapi apakah dia persediaan Rohani dan jasmani ?. hingga begitu hebat lagi bagi mereka yang memilikinya dalam dewan peperiksaan kelihatan bersahaja bukan bersahaja kerna kosong tapi kerna dapat menjawab soalan dengan tenang bak kata orang putih nampak cool ja mamat tu . itulah juga dikatakan strategi untuk cemerlang dalam apa jua jenis ujian ...


pertama Soal Rohani kita perlu dilihat dari aspek yang mendalam iaitu berkaitan hubungan kita dengan pencipta Alam Semestar ini , yang menjadikan segala apa yang ada dilangit dan di bumi. jika hubungan kita dengan Allah swt  masakan kita dapat tenang untuk menghadapi peperiksaan kerna jika hubungan kita dengan yang Maha Esa tidak dekat sukarlah untuk kita memperoleh bantuan dariNya kerna yang penting dalam menuntut ilmu adalah memperoleh keberkatan dan rahmat yang Maha Esa dengan ilmu yang berkatlah ilmu itu terus bersama kita. jangan kita hairan dengan orang-orang kafir disekeliling kita yang tidak menjaga makan minum dari aspek halal haram malahan tauhid juah menyimpang  meraka tetap berjaya, dengan cemerlang . tapi sedarkah kita kejaan mereka hanyalah berbentuk duniawi sedangkan kita berbentuk duniawi malahan ukhrawi yang lebih kekal . oleh itu , kita perlulah taqorub kepada ilahi dengan cara menjaga solat kita menambah amal ibadah sunat seperti melakukan solat tahajud banyak berzikir dan menbaca Al-quran dan amalan-amalan yang lain lagi .semua amalan-amalan tersebut mestilah semata-mata keranaNya barulah amalan tersebut diterima .

kekuatan rohani ini akan terbina dengan sendiri setelah kita melalui proses tadi namun semua ini atas kehendak ilahi jua jika kita masih belum memperolehinya janganlah kecewa kerna pasti ada hikmah atau kafarah keatas kita yang pasti segala amalan yang kita lakukan tadi semata-mata keranaNya yang mana kita ini adalah hambanya. tetapi kita harus yakin bahawa orang yang berusaha akan memperoleh kebaikan sama ada cepat atau lewat ataupun pada masa akan datang.

Kekuatan Jasmani ini terbina atas penyertaan kita dalam apa-apa aktiviti luar yg kita ikuti seperti bersukan bersenam banyak berfikir fositif pada diri sendiri juga menbina kekuatan jasmani  

   
  

Friday, October 15, 2010

Seorang Penyabarkah Kita?!!

 Sabar, tasamuh , bertolak ansur, tenang, semua ini adalah sifat yang bertentangan dengat sifat ini marah, runsing, tidak tenang, pentingkan diri sendiri, sifat-sifat yang disebutkan ini tak akan lari dari diri kita

Wednesday, October 13, 2010

E-Book Adab Menbaca Al-Quran



Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim kita dititik beratkan Dalam menjaga Adab dalam apa jua perkara tambahan lagi di dalam bab berkaitan menuntut ilmu kerana dengan ketinggian adab dalam menuntut ilmu dapat menbantu kita menperoleh ilmu dengan lebih mendalam bahkan menperoleh berkat dalam menuntut ilmu..


 Link Sedut E-Book :-

http://www.ziddu.com/download/1393730/dabmembacaalquranattibyaanfiiaadaabihamalatilquran.pdf.html

Thursday, October 7, 2010

Tanggung Jawab!!






إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

 
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS.17.36)

Makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas”. satu ungkapan mudah kita sebut, dengar , lihat tapi bagaimana kita sendiri yang melakukan atau menanggung tanggungjwab tersebut, sudah pasti ianya bukan semudah yang disangkakan, walau bagaimanapun kita tidak dapat terlepas dari tanggungjawab selagi mana kita hidup usahlah kita cuba bermain akal untuk melepaskan diri dari tnggungjawab kerana kelak kita akan pasti disoal tentang tanggungjawab yang diberi di hadapan Allah swt, apakah kita diketika itu dapat menberikan alasan lagi?,  untuk melepaskan diri atau berbohong dihadapan Allah swt sudah tentu tidak!!.

Maka kewajipan itu perlu dilaksanakan dengan penuh didikasi tanpa ada rasa mengeluh, bebal dan apapun perasaan untuk tidak mahu bertanggungjawab. pelaksanaan kewajipan seperti ini sudah pasti mendapat ganjaran dari yang Maha Esa malah perkara yang dilakukan menjadi lebih bermutu serta berkualiti, maknanya tidak rugilah bagi kita ini umat manusia melakukan tanggungjawab dengan penuh  keikhlasan tanpa mengharap balasan melainkan keredhaannya, alangkah beruntungnya kita sebagai hamba Allah swt.  

Menurut kaedah Fiqhiyyah " Bebas Dari Sebarang Tanggungan Adalah Perinsip Asas " makna dari kaedah ini adalah setiap insan daripada kita ini pada mulanya bebas dari sebarang tanggungan sehinggalah melakukan muamalah dengan insan yang lain maka wujudlah tanggungan di dalam muamalah itu apabila setiap perkara yang dirangcang dipersetujui, apabila kewajipan sedah diberi maka kita tidak lagi pada hukum asal iaitu bebas dari sebarang tanggungjawab maka wajiblah kita melaksanakan tanggungjaaawab tersebut sehingga selesai kerana tidak ada orang lain yang akan menanggungnya untuk kita  seperti mana firman Allah swt ;

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Artinya: “Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”ayat 164 surat Al An’am

Jelaslah daripada Firman Allah swt  bahawa kita bertanggungjawab atas apa yang kita usahakan maka sudah tentu bukannya orang lain yang akan menanggungnya untuk kita. menerima tanggungjawab bukanlah satu bala atau malapetaka bagi kita ,bahkan ia adalah satu ujian bagi allah untuk menguji Keiman kita dan apabila kita berjaya keimanan kita akan bertingkat bahkan ia juga menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab berdisplin dan berkarisma dimata pandangan masyarakat umun atas tanggungjawab yang dipikulnya sepertimana Dalam surat Al Mudatstsir ayat 38

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
 Artinya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah  diperbuatnya”

dengan menanam sifat terpuji ini dalam diri kita, masyarakat akan mudah menpercayai kita di dalam melakukan sebarang urusan dan sudah pasti kita akan mudah untuk menperoleh kejayaan dalam apa jua yang diusahakan. marilah bersama-sama kita memupuk sifat ini dalam diri kita agar kita menjadi generasi pembangkin kejayaan pada masa akan datang.   

Cabang Iman


Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam bersabda “Iman itu lbh dari enam puluh cabang. Cabang yg paling utama adl ucapan “Laa ilaaha illallah” dan cabang yg paling rendah yaitu menyingkirkan kotoran dari jalan.” . Al-Hafizh Ibnu Hajar telah meringkas hal tersebut dalam kitab-nya Fathul Baari sesuai keterangan Ibnu Hibban beliau berkata “Cabang-cabang ini terbagi dalam amalan hati lisan dan badan.”

Sunday, October 3, 2010

Umat MenBaca Umat yang Berjaya

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf  (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”




http://www.ziddu.com/download/2524812/syarhul-arbaiina-hadiitsan-an-nawawiyah.pdf.html

Saturday, October 2, 2010

الكلمة العربية المستدامة بيرل

وَمَا اللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ

“ Tidak ada kenikmatan kecuali setelah kepayahan “

Nikmat yang Sering MemperDaya Kita?




1hari=24jam
satu tahun ?
12 bulan
52 minggu
365 hari
8760 jam
525600 minit
31536000 detik



Saudaraku, ingatlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ada dua buah nikmat yang kebanyakan orang terperdaya kerananya; iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR. Bukhari [6412] dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma, lihat Fath al-Bari [11/258])

Saudaraku, sesungguhnya dunia ini merupakan ladang akhirat. Di dalam dunia ini terdapat sebuah perdagangan yang keuntungannya akan tampak jelas di akhirat kelak. Orang yang memanfaatkan waktu luang dan kesihatan tubuhnya dalam rangka menjalankan ketaatan kepada Allah maka dialah orang yang beruntung. Adapun orang yang menyalahgunakan nikmat itu untuk bermaksiat kepada Allah maka dialah orang yang tertipu (lihat Fath al-Bari [11/259])

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Demi masa. Sesungguhnya semua orang benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasehati dalam menetapi kebenaran dan saling menasehati dalam menetapi kesabaran.” (QS. al-’Ashr: 1-3)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti layaknya orang yang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan jauh.” (HR. Bukhari [6416] dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma, lihat Fath al-Bari [11/263])

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang yang lima: [1] Masa mudamu sebelum masa tuamu, [2] masa sehatmu sebelum sakitmu, [3] masa kayamu sebelum miskinmu, [4] waktu luangmu sebelum sibukmu, dan [5] hidupmu sebelum matimu.” (HR. al-Hakim dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma, lihat Fath al-Bari [11/264], hadits ini disahihkan al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi, lihat Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 486)

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah sekadar kesenangan sementara, dan sesungguhnya akhirat itulah negeri tempat tinggal yang sebenarnya.” (QS. Ghafir: 39)

Ada seorang yang bertanya kepada Muhammad bin Wasi’, “Bagaimana keadaanmu pagi ini?”. Maka beliau menjawab, “Bagaimanakah menurutmu mengenai seorang yang melampaui tahapan perjalanan setiap harinya menuju alam akhirat?”. al-Hasan berkata, “Sesungguhnya dirimu adalah kumpulan perjalanan hari. Setiap kali hari berlalu, maka lenyaplah sebahagian dari dirimu.” (lihat Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 482)

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: "Banyak orang rugi di dalam dua jenis kenikmatan ini, nikmat sehat dan waktu luang. Karena bila seorang insan dalam keadaan sehat, ia mampu menunaikan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan kepadanya dan mampu meninggalkan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala larang. Dadanya dalam keadaan lapang dan hatinya tenang. Demikian pula waktu lapang, bila memang ada orang lain yang menyiapkan dan mencukupi kebutuhannya, ia pun lepas dari beban pekerjaan.

Namun bila seseorang punya waktu luang dan ia dalam keadaan sehat, maka ia banyak merugi di dalamnya. Karena kebanyakan waktu yang ada, kita sia-siakan tanpa faedah. Kita memang tidak mengetahui kerugian ini di dunia, akan tetapi nanti ketika ajal telah datang dan ketika terjadi hari kiamat, barulah seorang insan menyadarinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

"Hingga ketika datang kematian menjemput salah seorang dari mereka, ia pun berkata: ‘Wahai Rabbku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku bisa mengerjakan amal shalih yang dulunya aku tinggalkan’." (Al-Mukminun: 99-100)


Oleh itu haruslah kita menjaga Nikmat masa muda kita ini dengan diisi dengan amal ibadat yang banyak sebagai bekalan untuk akhirat nanti..dah tua apa-apa pun tak boleh buat.


Friday, October 1, 2010

MuTiaRa HaDis

عن ابي هريرة – رضي الله عنه قال- عن النبي صلى الله عليه و سلم قال - من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من مرب يوم القيامة ، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا و الآخرة ، ومن ستر مسلما ستره الله فى الدنيا و الآخرة ، و الله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه . و من سلط طريقا يلتمس فيه علما سهل الله به طريقا الى الجنة ، وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله و يتدارسونه بينهم إلا نزلت عليهم السكينة و غشيتهم الرحمة و حفتهم الملائكة و ذكرهم الله في من عنده ، و
من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه - رواه مسلم بهذا اللفظ



 Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat”.(HR.Muslim No 2699) 

Menjaga Lisan - Penulis: Al-Imam An-Nawawi Al-Adzkar (Bab: Hifdzul Lisan)

Judul Asli: Al-Adzkar (Bab: Hifdzul Lisan)
Penulis: Al-Imam An-Nawawi
Halaman: v + 65 hal. pdf.

Buku ini mengajar kita adab untuk menjaga percakapan kita dengan masyrakat sekeliling kita dan banyak panduan yang boleh kita ambil dari e-Book ini. 





link untuk muat turun :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...